5 Tips Soapmaking Untuk Memudahkan Anda

20180829 5 Tips Soapmaking Untuk Memudahkan Anda.

Artikel kali ini adalah pertanyaan dari seorang beginner soapmaker. Apa tips nak buat sabun ni? Jadi bagi mengelakkan para beginner salah hala tuju ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang soapmaking ini, apa kata jom kita pelajari tips sukses bagi soapmaking DIY.

.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, saya Anas dari Warisan Bumi. Dan ini adalah sebahagian dari CSR syarikat kami bagi memberi tambah nilai pada semua yang menyokong kami selama ini. Siri mingguan #mahirsabundarizero ini akan mengajarkan ilmu-ilmu penghasilan sabun dan cara-cara membina pendapatan dengannya step by step. Jom buka minda dan ambil manfaat dari perkongsian ini.

.

.

Sungguhpun ada yang kata kenapa nak belajar tips-tips ni pulak? Shorcut je kerjanya.. Huhu. Jika anda lalui apa yang saya lalui ketika mula buat sabun dahulu pasti anda tak sanggup terus membuat sabun.

.

Rahsianya di sini, tips ini bukanlah shortcut, tetapi sebagai kompas mudah anda supaya anda tak tersesat ke jalan yang memenatkan tanpa kejayaan. Sama seperti masakan, jika tersilap step pasti tak jadi sabun anda.

.

Jom kita terus terjun ke tips pertama daripada TIPS MEMBUAT SABUN SENDIRI DI RUMAH:

.

.

[ 1 ] Pastikan segala kelengkapan adalah dekat dengan anda sebelum anda mula membancuh sabun

.

Kalau saya tulis kisah seram saya sebab tak endahkan benda ni saja mungkin dah boleh buat buku hahaha. Saya ni jenis lalai dan kelam kabut. Tapi soapmaking ajar saya jadi bersedia dan teratur.

.

Salah satu kisah seramnya ialah ketika secara tak sengaja saya tertumpahkan campuran yang baru siap. Disebabkan gelabah, saya tersiku satu acuan yang dah dituang. Masa tu saya tengah mencari tuala nak lap, tapi saya tak bersedia letakkan tuala berhampuran, habis dua kali tumpah.. T-T.

.

Selain dari bahan-bahan utama (lye, air dan lemak), anda mestilah menyiapkan tempat pembancuhan sabun anda dengan peralatan ini:

.

  1. Sarung tangan getah dan gogel keselamatan.
  2. 2 mangkuk besar yang diperbuat daripada bahan yang takkan bertindakbalas dengan lye (plastik keras, stainless steel atau kaca). Jangan gunakan mangkuk plastik yang lembik (nipis), aluminium, besi atau kayu. Mangkuk dengan muncung sangatlah membantu ketika menuang.
  3. Pelbagai spatula (sudu) mengacau dan menimbang. Sekurang-kurangnya anda memerlukan satu sudu tahan panas atau stainless steel untuk mengacau campuran lye dan air, dan satu lagi sudu kayu, pemukul telur atau spatula plastik untuk mencampurkan keseluruhan campuran. Jika anda ingin mudahkan lagi, gunakan electric stick blender. Ia tidak wajib, tapi amat membantu menjimatkan masa dan tenaga. Sudu pengukur juga antara pemudahcara bagi mengukur secara cepat bahan tambahan (yang senang meruwap) seperti essential oil.
  4. 1 scale digital (penimbang berat) untuk mengukur berat cecair.
  5. 2 candy atau meat thermometer untuk mengukur suhu cecair.
  6. 1 acuan untuk membentuk sabun. Acuan terbaik adalah silicone, kaca, plastik atau stainless steel. Kayu dan cardboard juga boleh digunakan dengan syarat anda mestilah melapikkannya dengan wax atau grease paper (kertas minyak).
  7. Kain buruk atau tuala untuk lapkan tumpahan jika anda. Terutamanya ketika menggunakan lye, anda perlu cepat bertindak balas untuk membersihkan sebarang tumpahan.

.

Senarai ini mungkin berlainan menurut jenis sabun (lihat Tips 4 dan 5) dan mengikut teknik atau bahan tambahan pada sabun anda (essential oil, pewangi atau bahan dekoratif).

.

.

[ 2 ] Ukur setiap bahan dengan tepat

.

Tak kisah samada anda membuat sabun dari zero atau anda menggunakan sabun sisa yang terdahulu, anda perlulah mengikut resepi dengan teliti.

.

Anda yang bertanya pada saya, bagaimana nak ubah resepi menjadi resepi mereka sendiri. Salah soalan itu. Anda patut ikut resepi 100%. Kerana jika anda ubah walau 1 ukuran, pasti hasil sabun nanti tidak menyamai apa yang resepi asal tunjukkan.

.

Satu kesalahan ukuran mungkin boleh mengakibatkan sabun yang terhasil berbau busuk, huduh atau rosak (tidak lulus kualiti kerana pelbagai sebab).

.

Minyak / lemak yang berlainan memerlukan ukuran lye yang berlainan juga untuk menjadi sabun. Jadi pastikan indeks saponification (kiraan berapa banyak lye yang diperlukan untuk mengubah minyak / lemak itu kepada sabun) sebelum bermula. Gunakan lye calculator untuk memudahkan.

.

.

[ 3 ] Pelajari bahaya lye dan berhati-hati ketika menggunakannya

.

Salah satu bahan utama soapmaking ialah bahan kaustik – Sodium Hydroxide, atau lye.

.

Lye sudah digunakan dalam pembuatan sabun sejak dahulu lagi tanpa apa-apa kemalangan, tetapi ianya tetap bahan berbahaya dan pengendaliannya memerlukan ketelitian dan perhatian penuh anda.

.

Lye dalam semua bentuk samada empingan, serbuk atau pellet semuanya boleh menghakis, meluntur warna, merosakkan tekstil dan meradangkan / menghakis kulit dan mata.

.

Hindarkan dari yang terakhir dengan memakai baju tangan panjang, sarung tangan getah dan gogel. Sisa bancuhan sabunjuga agak merbahaya ketika anda sedang membersihkannya (berhati-hati juga ketikan membersihkan peralatan setelah menggunakannya).

.

Jika lye terkena kulit anda, sapukan cuka secepat mungkin untuk menerutralkannya. Jika tertumpah, basuhkannya dengan air dan detergen biasa.

.

Gas yang meruwap dari lye juga menghakis. Jadi pastikan anda membancuh di ruang yang mempunya peredaran udara.

.

Jika anda ingin mengelak menggunakan lye juga boleh (untuk anda, bukannya keseluruhan pembuatan), anda boleh beli soapbase (sabun siap) dan gunakan kaedah Melt and Pour sahaja. Kaedah ini shortcut (mudah sahaja) tetapi lebih tinggi kos dari soapmaking biasa.

.

.

[ 4 ] Cuba teknik-teknik lain di rumah

.

Satu kelebihan membuat sabun di rumah ialah anda mampu mengawal prosesnya.

.

Anda juga mempunyai sebilangan pilihan bagaimana anda membuat sabun. Anda tidak terhad kepada kaedah biasa pembuatan sabun menggunakan lye–air–minyak sahaja sepertimana teknik Cold Process.

.

(a) Hot Process

.

Satu lagi kaedah yang kurang diketahui ialah Hot Process di mana campuran perlu dipanaskan hingga tahap didih dan seterusnya menjadi saponified.

.

Hot Process tidak mengambil masa yang lama untuk keras sepertimana Cold Process dan boleh dibuat di atas oven ataupun kayu api.

.

(b) Melt and Pour

.

Takut gunakan lye atau mahukan projek yang lebih simple untuk dicuba bersama anak-anak? Cubalah Melt and Pour (Cair dan Tuang). Sepertimana maksudnya, ia memang melibatkan pencairan block soapbase, tambahkan apa-apa bahan dan seterusnya tuang ke dalam acuan. Mudah sangat.

.

(c) Rebatching / Hand Milling

.

Lagi? Cuba teknik Rebatchin atau juga dikenali sebagai Hand Milling. Kaedah ini digunakan untuk membetulkan kesalahan semasa Cold Process. Tapi anda juga boleh menggunakan teknik ini dengan sabun bar kosong biasa dan lain-lain bahan.

.

Anda perlu parut sabun itu, campurkan dengan cecair, cairkannya, letakkan sebarang bahan tambahan dan tuang ke dalam acuan.

.

Banyak cara kan? Jika anda membuat sabun untuk komersil, adalah lebih baik anda mahirkan diri pada semua teknik ini. Jadi setiap kali buntu, anda masih lagi ada cara yang boleh diusahakan 😉

.

.

[ 5 ] Eksperimen dengan resepi berlainan atau reka sendiri resepi

.

Jika anda ingin membuat sendiri sabun di rumah, anda sepatutnya mengambil kesempatan penuh ke atas kebebasan ini.

.

Bagi pembuatan sabun dari zero, anda boleh gunakan lemak haiwan seperti lemak lembu, minyak sayuran seperti sunflower atau canola, dan cecair selain air seperti susu, teh dan tapaian. Banyak pilihan.

.

Selain daripada bahan utama sabun, peluang untuk bahan tambahan lain sangat meluas. Essential oil seperti rosemary, bergamot dan lavender. Minyak sayuran seperti minyak sawit, minyak kelapa dara dan minyak zaitun. Minyak wangi seperti vanilla, rose dan peppermint. Pewarna asli seperti tanah, botani, minyak, dan herba di sekeliling kita. Dan bahan dekoratif seperti kuntum bunga.

.

Cara terbaik ialah cari resepi asas yang anda sukai dan tambah detail yang anda ingini.

.

Walaubagaimanapun, buat kajian dahulu tentang bahan tambahan ini sebelum menggunakan. Sesetengah mungkin tidak sesuai untuk dijadikan sabun dan ada yang merosakkan sabun. Essential oil mestilah dicampur dengan carrier oil untuk mengelakkan keradangan pada kulit.

.

Sabun buatan sendiri yang popular termasuklah sabun air kelapa yang menggantikan air dengan air kelapa dan mempunya buih yang creamy. Sabun castile diperbuat dari minyak zaitun tulen. Sabun lavender pula diperkayakan oleh campuran essential seperti patchouli dan orange.

.

Apabila anda sudah cukup selesa membuat sabun di rumah, anda pasti ada sabun yang tidak cantik dan reject. Daripada dibuang, gunakannya dengan rebatch dan berikan sebagai hadiah kepada kawan-kawan, taburkan ke dalam mandian tab untuk mandian eksklusif atau tambah sisa ini pada batch sabun baru untuk menghasilkan sabun berwarna campuran.

.

.

Sekian sahaja buat kali ini, harap ia membantu 🙂

.

Artikel asal: Mother Nature Network

.

Fb pin post image 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *