Porno Usahawan Fantasi Merbahaya

20180829 Porno Usahawan Fantasi Merbahaya.

Tahukah anda, kajian terhadap para usahawan sedunia menemui satu jenis kepercayaan ramai terhadap dunia keusahawanan ini. Ia digelar Porno Keusahawanan. Dan ia merbahaya!

.

.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, saya Anas dari Warisan Bumi. Dan ini adalah sebahagian dari CSR syarikat kami bagi memberi tambah nilai pada semua yang menyokong kami selama ini. Siri mingguan #buatduitonlinedarizero ini akan membincangkan cara bagaimana sesiapa sahaja untuk bermula untuk membina pendapatan online step by step. Jom buka minda dan ambil manfaat dari perkongsian ini.

.

.

Anda mungkin pernah terbacanya sebelum ini. Malahan bidang startup dipenuhi dengannya. Kisah seorang founder yang dengan beraninya berhenti kerja dan mula mengembara di jalan-jalan jauh dan sukar ke arah kejayaan sebagai usahawan. Semangat dan komitmen mereka terhadap syarikat biasanya menyisihkan diri mereka dari keluarga dan kawan-kawan, membuatkan mereka ketandusan kewangan sehingga di ambang bankrupsi dan segalanya hampir runtuh berkecai. Tetapi secara tiba-tiba, semua usaha berhasil. Syarikat usahawan ini menjadi idola kejayaan dalam perniagaan dan usahawan ini akhirnya bersenang lenang bercuti panjang di luar negara sambil menulis buku mengenai kenapa anda juga perlu mengikut jejak langkahnya.

.

Sudah tentu semua ini adalah fantasi semata. Kebanyakan artikel dan kisah porno usahawan sebegini dipilih satu dari berjuta kisah sebenar. Ianya banyak dicanang indah dari realiti dan sekiranya anda serius untuk mendalami realiti asam garam penubuhan satu perniagaan, kisah sebegini membahayakan buat anda.

.

Isu pertama dan paling menonjol ialah, pengakhiran cerita yang tidak realistic. Sungguhpun kebanyakan usahawan menumpukan fokus lebih pada penceritaan betapa susahnya ketika permulaan perniagaan, tetapi akhirnya semuanya berjaya diselesaikan dengan jayanya. Di dunia sebenarnya, ini jarang berlaku. Kebanyakan syarikat baru (startup) gagal. Dan sekiranya artikel ini realistik, kebanyakan (90-99% mengikut negara) darinya akan berakhir dengan usahawan berkenaan balik semula tinggal di rumah ibu ayah daripada alternate ending bercuti luar negara itu (yang kita mimpikan).

.

Tapi, ini hanyalah isu yang betul-betul jelas dengan porno usahawan. Ada lagi masalah yang lebih halus. Ianya sukar disedari bagi para usahawan sendiri apatah lagi bagi pembaca yang belum lagi terjun ke dunia keusahawanan tapi ingin melihat sedikit sedutan bagaimana dunia itu nanti.

.

.

[ 1 ] Ia hampir-hampir tiada kisah dari fakir ke kekayaan

.

Porno usahawan ini lebih menjurus kepada situasi mengejar masa, bekerja 22 jam sehari dan makan mi segera beserta kopi cap ayam 3 kali sehari. Ia banyak menggambarkan yang penubuhan syarikat baru ini berkisahkan dari kemiskinan kepada kejayaan.

.

Cuma masalahnya, ini bukanlah statistik sebenar. Sungguhpun ada kisah sebenar pergelutan sebegini, tetapi kebanyakan usahawan datang dari keluarga pertengahan atau golongan berada dan ini memberikan mereka kelebihan tanggungan risiko yang lebih rendah. Sungguh, penubuhan syarikat adalah sangat sukar, tetapi bagi kebanyakan usahawan, risiko kegagalan adalah tidak terlalu besar. Jika startup mereka gagal, mereka boleh balik kepada jawatan tinggi korporat mereka – iaitu jawatan yang kononnya mereka lepaskan secara pengorbanan heroic yang sangat hebat pada setiap permulaan kisah mereka – tanpa kekalahan sebenar melainkan sedikit simpanan, masa dan maruah.

.

Tiada yang salah pada kisah sebenar ini. Tetapi penting bagi bakal usahawan untuk mengetahui fakta ini dengan fakta yang sebenarnya. Kisah fakir ke kaya ini sangat jarang dan perjalanan anda sebagai usahawan akan menjadi lebih mudah sekiranya anda mempunya sedikit keistimewaan. Secara ringkasnya, cuba anda fikirkan adakah orang ramai sanggup untuk menyertai Mark Zuckerberg di permulaan perniagaannya sekiranya dia bukan pelajar Harvard?

.

.

[ 2 ] Anda tak perlu menjadi Facebook

.

Berkenaan Zuckerbeg, terdapat satu kepercayaan di kalangan usahawan teknologi, dimana kita perlu mulakan sesuatu perusahaan kecil dan membesar menjadi sesuatu yang sangat bernilai seperti Facebook.

.

Idea itu sendiri merupakan sebahagian besar daripada terminologi porno usahawan. Perkataan yang diambil dari juga porno, iaitu money shot. Inilah fantasi semua bakal usahawan dan usahawan muda. Saat di mana semua kesukaran yang ditempuhi tetiba berhasil dan anda sekarang ialah seorang billionaire.

.

Tapi sebenarnya, tak kisah bagaimana sudut pendapat anda dalam dunia keusahawan ini, berusaha ke arah menjadi syarikat bernilai billion ringgit bukanlah mandatori. Tak semua orang perlu menjadi ahli korporat lagenda yang disegani seluruh zaman.. Malahan, terdapat berjuta usahawan yang sangat berjaya di dalam dunia ini dan mereka tak bernilai billion dan mungkin juga mereka tidak bercita-cita pun untuk mencapainya. Tetapi anehnya, mereka dan semua stake holder hidup selesa dan sentiasa melakukan apa yang mereka minat.

.

Sekali lagi, tiada masalah untuk berkejar ke arah impian billion ringgit anda jika itu yang anda mahukan. Tapi jangan biarkan porno usahawan ini beritahu anda apa yang anda mahukan kerana berkemungkinan ia bukan yang benar-benar anda perlu dan mahukan. Jangan terlalu terpengaruh dengan pelakon layar perak yang menjadikan kita taksud bertapa ‘cool’nya jadi billionaire tu, kerana…

.

.

[ 3 ] Wang tak semestinya membawa kebahagiaan

.

Ini bukan cliche’ moral, ianya adalah penemuan saintifik. Kajian menunjukkan yang wang memang membahagiakan, tetapi hanya sehingga tahap tertentu. Di Amerika Syarikat, tahap itu adalah pada pendapatan US$75,000 setahun. Lebih dari itu, kajian yang sama membuktikan wang sudah tidak memberikan lebih kebahagiaan.

.

Di amerika, pendapatan ini biasa tapi ianya kurang dari apa yang anda boleh dapat sekiranya anda founder sesuatu syarikat perniagaan tersohor (unicorn company, iaitu syarikat yang mencapai aset billion dollar). Jadi adalah bagus jika anda tanya diri sendiri (inilah soalan yang kebanyakan usahawan suka elakkan) samada anda benar-benar mahukan duit yang terlampau banyak itu. Dan sekiranya ya, mengapa?

.

Terdapat banyak sebab yang mungkin menyebabkan anda mahukan harta sebesar itu. Mungkin anda bercita-cita menjadi dermawan dan mendermakan sebahaian besar duit anda dan sudah tentu dengan cara ini anda dapat memberi impak yang sangat besar untuk dunia. Hebat! Ianya mulia, tetapi jangan mulakan perniagaan anda dengan berfikir yang mempunyai syarikat bertahap unicorn ini akan membahagiakan anda. Ia tidak akan jadi begitu (mengikut kajian ini). Proses membina syarikat berjaya biasanya memeritkan (sungguhpun ia mungkin juga mengujakan), dan jika anda berjaya mencapai tahap unicorn, wang itu tidak akan membahagiakan anda. Jadi lebih baik anda tetapkan dari awal misi atau sebab perjuangan yang lain di minda anda.

.

.

[ KENAPA? ] Sebab utama wujudnya porno usahawan

.

Dari semua fakta ini, saya rasakan yang tiada gunanya porno usahawan ini. Malahan, saya rasa ianya genre penting bagi mereka yang sudahpun menjadi usahawan. Bagi mereka, samada ia benar atau tidak, tidak penting bagi mereka.Ia hanyalah bagaikan kata-kata motivasi bagi mereka yang mereka baca sementara mereka di bawah untuk mengingatkan mereka yang pastinya ada cahaya di penghujung gua. Dan pada mereka, orang lain juga sedang melalui saat perit ini seperti mereka juga.

.

Masalahnya di sini, pada pandangan saya, ianya juga sangat popular pada bakal usahawan (‘wannabe’ usahawan) dan mereka yang sedang mempertimbangkan untuk memulakan perniagaan tapi belum lagi terjun ke dunia keusahawanan. Pada audien sebegitu, kurangkan membaca mengenai porno usahawan ini dan dengan peringatan bahawa imej keushawanan itu tidak realistik dan terlalu didramakan.

.

.

Dapat tangkap idea porno usahawan ini? Pastikan diri anda tidak terjerat hanya kerana ingin join drama ini huhu. Saya doakan anda konsisten ke arah sukses.

.

Artikel asal: TechInAsia.com

.

Fb pin post image 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *