Contoh Sales Funnel Menggunakan Hanya Whatsapp!

20180809 Contoh Sales Funnel Menggunakan Whatsapp Sahaja.

Mengikut permintaan ramai, kali ini saya bentangkan satu contoh bagaimana saya buat satu Sales Funnel sistem menjual produk hanya dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp sahaja boleh niaga online dah?? Ye. Jom kita selami teknik ini. Mudah sahaja.

.

.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, saya Anas dari Warisan Bumi. Dan ini adalah sebahagian dari CSR syarikat kami bagi memberi tambah nilai pada semua yang menyokong kami selama ini. Siri mingguan #buatduitonlinedarizero ini akan membincangkan cara bagaimana sesiapa sahaja untuk bermula untuk membina pendapatan online step by step. Jom buka minda dan ambil manfaat dari perkongsian ini.

.

.

Di bawah ini ialah sales funnel ringkas yang kita akan bincangkan. Mudah sahaja kan? Kebanyakan kerja di dalam sistem ini ialah manual. Jadi anda perlu spend masa untuk melakukannya. Saya recommend sistem ini bagi yang baru mula berniaga online, atau yang memasarkan servis sebagai produk. Jom kita lihat sales funnel menggunakan whatsapp ini di bawah:

.

.

carta sales funnel mudah menggunakan whatsapp sahaja.

.

Bagi setiap proses di atas ini, saya cadangkan anda buat skrip berbeza untuk anda betul-betul mengambil kesempatan pada timing yang sedang terjadi. Jika sama sahaja semua skrip, anda akan nampak seperti robot. Tak bagus. Orang membeli dengan kawan, bukan dengan kayu hahaha. Siapkan skrip dan save di dalam apps seperti Clipper untuk memudahkan anda copy dan paste nanti.

.

[ 1 ] IKLAN

.

Sales funnel ini dimulakan dengan iklan samada soft sell, hard sell atau artikel berguna di dalam grup-grup whatsapp yang anda join. Mohon izin dahulu dari admin untuk meletakkan sebarang iklan kerana ada sesetengah grup yang tidak membenarkannya. Share artikel berguna mungkin dibenarkan sekiranya ia berkaitan dengan manfaat bagi grup berkenaan. Pastikan setiap iklan ini mempunyai Call To Action (CTA) untuk terus pm anda dalam whatsapp.

.

Anda boleh gunakan CTA sebegini:

http://www.wasap.my/60123456789/tajuk

(ubah 0123456789 kenapa nombor hp anda dan ubah tajuk kepada tajuk yang mudah anda ingat iklan ini)

.

[ 2 ] PM

.

Sekiranya iklan ini berjaya, ada yang akan klik CTA anda untuk terus pm anda. Di dalam pm pertama ini, anda kenalkan diri, beri pengenalan produk dan harga. Jangan terlalu panjang, kerana jika boring mungkin mereka terus tak endahkan anda. Gunakan imej foto jika boleh untuk memudahkan prospek faham.

.

Proses ini tidak habis begitu sahaja, lepas dari intro di atas ini, anda buka untuk soalan dari prospek. Jawab dengan spontan dan tak berskrip sangat. Jawab dengan betul dan jangan manipulasi atau tipu. Jika prospek berminat dan percayakan anda, dia akan membeli.

.

[ 3 ] CLOSE SALE

.

Setelah puas Q&A, anda cuba close sale ini dengan bertanya samada dia berminat. Gunakan juga teknik scarcity jika bersesuaian. Contohnya, beritahu prospek, sekarang ini ready stock anda boleh terus poslaju esok hari. Jika ada promosi, beritahu baik beli sekarang kerana harga akan naik nanti. Ikut kreativiti anda, dengan syarat anda tidak menipu ye. Berikan cara pembayaran pada prospek dan tunggu pembayaran.

.

Jika pembayaran selesai, tahniah anda berjaya membuat jualan! Jika tidak, terus ke step seterusnya untuk follow up.

.

[ 4 ] FOLLOW UP

.

Baik, di sini tricky skit. Jika anda kerap sangat follow up, prospek akan rasa rimas dan block anda. Jika terlalu jarang anda follow up pula, anda mungkin terlepas peluang jualan ini. Bagi contoh kali ini, saya cadangkan anda follow up mengikut tempoh di bawah:

.

  1. Hari ke-2
  2. Hari ke-4
  3. Hari ke-7
  4. Hujung bulan ketika gaji

.

Pastikan setiap skrip follow up di atas berlainan ye. Dan sekiranya selepas keempat-empat follow up di atas masih lagi krik-krik. Anda patut give up. Kerana jika diteruskan anda bagaikan pengemis pula, mengharapkannya prospek beli juga. Tak bagus. Life goes on huhu. Teruskan iklan untuk dapatkan prospek lain pula, mana tahu, mungkin prospek ini akan membeli kemudian.

.

.

Baik semua ini sahaja strategi sale funnel whatsapp yang saya sendiri gunakan. Asalnya saya belajar ini dari zaman jual insuran dulu lagi. Lama dah huhu. Tapi masih lagi berkesan sehingga sekarang. Sekiranya produk anda adalah servis, saya yakin teknik ini sangat berkesan untuk anda.

.

Saya doakan anda semua terus sukses. Amin 😉

.

Fb pin post image 2

Belajar bagaimana pasarkan produk sendiri online dari eBook PERCUMA di atas ini!

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *