Sabun Konvensional atau Sabun Tradisional?

Tajuk 20151210Sabun. Ia adalah salah satu barang yang kerap kita gunakan seharian. Dari sabun mandian, pembersih muka, shampu, sabun basuh pakaian, sabun basuh pinggan dan sebagainya. Semuanya termasuk dalam keluarga sabun. Pelbagai variasi, tetapi kegunaannya sama iaitu untuk membersih. Di dalam definisi ramai, bahan yang membantu kita membersih kotoran dipanggil sabun.

 

Sungguh pun begitu, setiap sabun berbeza. Perbezaan boleh dilihat pada permukaan, tekstur, bau, bentuk, dan samada dalam keadaan cecair atau pepejal. Kesemua ciri-ciri ini hanyalah nilai estetik luaran. Perbezaan paling ketara ialah ramuannya. ‘Sabun-sabun’ ini berbeza pada formula kimianya dan juga sifat-sifat kimianya. Ini kerana setiap satu dihasilkan dengan cara berbeza dan dengan ramuan berbeza. Oleh sebab ini, kita pasti yang sabun mandian kita tidaklah sama dengan sabun pembersih pakaian kita. Tetapi persoalannya di sini, adakah sabun asli buatan tangan (natural soap) berbeza dengan sabun mandian konvensional?

 

penghasilan sabun konvensional 20151210

 

Fakta yang tidak ramai tahu.. sebenarnya sabun konvensional lebih menyerupai serbuk detergen daripada sabun tradisional. Kemajuan teknologi moden menjadikan sabun konvensional masa kini lebih berkesan daripada sabun tradisional dari segi pembersihan minyak dan kotoran. Ia juga lebih murah untuk dihasilkan pada skala besar. Jadi.. ini menjadikan sabun konvensional lebih bagus kerana lebih murah, lebih berwarna, lebih berkesan dan lebih berbau wangi, dimana semua ini adalah penambah-baikkan kepada sabun tradisional. Tetapi sebenarnya fakta menunjukkan yang sebaliknya. Disebabkan budaya saing di dalam pasaran, sabun komersial kini dihasilkan dengan tumpuan penuh kepada pengurangan kos yang membawa penambahan keuntungan. Keutamaan pengeluar sabun komersil ini mengabaikan aspek-aspek penting dan kesan sampingan pada kulit bagi penggunaan harian kita.

 

Sedarkah anda banyak iklan di TV adalah mengenai sabun yang tak akan mengeringkan kulit? Dan bagaimana mereka menambah lotion dan krim untuk menjadikan kulit anda kekal lembap. Tidakkah ia bagai menyampaikan kenyataan bahawa sabun mengeringkan kulit anda? Pengeluar sabun konvensional tidak menerangkan yang penghasilan moden sabun konvensional mengasingkan glycerine yang bertindak sebagai pelembap dari ini dan dijual berasingan untuk penghasilan produk kecantikan mahal bagi meningkatkan keuntungan. Ketiadaan glycerine mengakibatkan sabun konvensional mengeringkan kulit pemakainya.

 

Jadi, apakah pula sabun tradisional?

 

penghasilan sabun tradisional 20151210

 

Sabun tradisional buatan tangan dalam bentuk pepejal bar mengekalkan semua ramuan baik asli sabun termasuklah glycerine and minyak nonsaponified yang akan melembapkan kulit anda secara semulajadi. Ramuan sabun ini tidak melibatkan lain-lain kimia merbahaya ataupun pengawet untuk mengeluarkan warna, bau, dan menambah ketahanannya. Antaranya bahan kimia yang tidak digunakan dalam sabun tradisional ialah parabens (antara penyebab barah payudara) dan sodium lauryl sulphate (perengsa kulit). Malangnya, kedua kimia merbahaya ini terdapat di dalam sabun konvensional yang dikomersialkan.

 

Perusahaan-perusahaan pengeluar sabun kecil tidak mampu menyaingi bajet pemasaran syarikat pengeluar sabun utama. Ini mengakibatkan majoriti umum menggunakan sabun yang lebih murah, cantik dan senang dipakai (sabun konvensional), sungguhpun ianya disyaki antara penyebab kerengsaan kulit dermatitis. Seperti mana industri makanan segera, tarikan harga murah dan pemasaran berkesan mempengaruhi semua untuk beranggapan ia adalah normal dan selamat untuk kita sebagai pengguna untuk terus membeli barangan sub-standard walaupun ianya memberi impak negatif pada kesihatan kita.

 

sabun konvensional vs sabun tradisional 20151210

 

Sungguhpun di jangka masa pendek kita boleh menilai yang sabun konvensional lebih baik kerana ianya lebih mudah didapati dan dipakai, tetapi sebenar-benarnya kita mengorbankan kebaikan jangka panjang kesihatan kita. Misi kami sabunwarisanbumi.com ialah memastikan anda semua memperoleh produk sabun dengan seni hasil tangan terbaik kami dengan keutamaan penuh kepada sentuhan terbaik bagi kulit anda. Selamat mencuba 🙂

 

Rujukan:

  1. http://naturalsoapboutique.com/how-natural-soap-is-different-from-commercial-soap/
  2. http://www.suppliessoap.com/natural-handmade-soaps-vs-conventional-soaps-which-is-better/
  3. http://www.orthogonalthought.com/blog/index.php/2008/05/homemade-natural-soap-basic-recipe/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *