NaOH Lye: Resepi DIY Sabun Mandi Organik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua 🙂 Semoga semua berada di dalam kesihatan yang baik dan penuh bersemangat menempuh hari-hari anda dengan senyuman.

naoh lye resepi diy sabun mandi organik

 

Sabun Mandian NaOH Lye

Sejak kebelakangan ini, kita dapat perhatikan pertambahan bilangan peminat produk-produk DIY. Antara produk yang terlibat termasuklah sabun mandian. Kelebihan membuat sendiri barangan keperluan harian ialah kita dapat menghasilkan produk yang benar-benar hasil tangan kita dan ia adalah sepertimana citarasa kita. Untuk sabun DIY, kita menggunakan NaOH lye dalam bentuk empingan untuk menghasilkan sabun pejal organik tanpa bahan kimia merbahaya untuk kegunaan harian kita. Antara kelebihan sabun NaOH lye ini termasuklah:

 

  • Sesuai untuk semua jenis kulit (Eczema dan kulit sensitif juga boleh!)
  • Boleh dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut acuan masing-masing
  • Boleh ditambah dengan pewangi pilihan kita
  • Kos pembuatan yang rendah
  • Cara pembuatan yang ringkas

contoh sabun mandian dari naoh lye

 

Persediaan Awal

Sepertimana produk DIY yang lain, anda boleh memilih ramuan yang anda suka bagi menghasilkan sabun NaOH lye anda. Terdapat 3 pilihan yang mesti anda buat sebelum memulakan pembuatan sabun anda ini, sila rujuk di bawah:

 

  1. Jenis minyak: samada minyak kelapa sawit atau minyak zaitun
  2. Pewangi: samada pewangi minyak attar biasa atau essential oil
  3. Bentuk: samada acuan kek, paip pvc atau mold kayu

3 pilihan di atas akan membentuk sifat fizikal utama sabun asli menggunakan NaOH lye. Penggunaan minyak zaitun akan menjadikan sabun bar lebih ekslusif, berbau semulajadi, dan berfungsi sebagai pelembap semulajadi yang baik. Tetapi minyak zaitun lebih mahal (lingkungan RM30-50/kg), lebih sukar untuk dihasilkan dan mengambil masa yang lebih lama. Sementara itu, bagi minyak kelapa sawit pula, ianya lebih murah (RM2.50/kg sahaja), lebih mudah dihasilkan, jangkamasa proses yang lebih singkat, lebih kuasa membersih dan mudah dibentuk. Pilihan mana-mana satu di antara minyak-minyak ini akan mencorakkan komposisi ramuan sabun anda nanti. Terdapat beratus-ratus resepi di internet bagi pembuatan pelbagai jenis sabun asli jika anda berminat untuk mendalami lagi hobi ini. Bagi tujuan pendedahan awal dan bagi memudahkan pemahaman, kami akan berkongsi resepi sabun NaOH lye berasaskan minyak kelapa sawit terlebih dahulu di dalam artikel ini.

 

pembuatan sabun naoh lye

 

Bagi menambahkan wangian pula, anda mestilah mengetahui terlebih dahulu samada anda berkulit sensitif ataupun tidak. Berdasarkan pengalaman kami, sebilangan kecil penghidap eczema tidak dapat menggunakan pewangi langsung, mereka akan mengalami keradangan kulit sejurus selepas menggunakan sabun yang mengandungi pewangi. Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, and perlu mencuba pewangi yang ingin anda masukkan ke dalam sabun ini ke atas tangan terlebih dahulu. Sekiranya selepas 15 minit anda tidak mengalami apa-apa keradangan (simptom merah pada kulit atau gatal-gatal), ini bermakna anda boleh menggunakan pewangi tersebut di dalam sabun NaOH lye DIY anda. Kos bagi penambahan pewangi ini ialah antara RM6 dan RM50 mengikut ekslusiviti pewangi tersebut.

 

Pilihan terakhir.. jenis acuan yang akan digunakan bagi membentuk fizikal luaran sabun anda. Bagi membentuk sabun, pilihan termudah bagi proses pembuatan DIY termasuklah paip pvc, mold kayu dan acuan kek. Paip dan kayu adalah murah tetapi perlu dibentuk sendiri bagi memastikan tiada kebocoran ketika penuangan masuk sabun. Bagi saya, bentuk terbaik ialah dengan menggunakan acuan kek. Pelbagai bentuk boleh didapati sekarang ini di pasaraya-pasaraya, sungguhpun ianya lebih mahal iaitu dalam lingkungan RM12 ke atas.

 

Soda Kaustik NaOH Lye

NaOH (Sodium Hidroxide) lye terdapat di dalam pelbagai bentuk antaranya ialah empingan, serbuk dan pellet. Sungguhpun begitu, setiap satunya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk bertindak balas secara proses saponifikasi dengan minyak atau lemak lalu membentuk sabun. Cara pembuatan ini boleh dijejak asalnya ke zaman Tamadun Islam lagi, jadi ia boleh dikatakan cara pembuatan tradisional berbanding sabun-sabun komersial masakini.

 

naoh lye

 

NaOH lye ini tidak boleh disentuh menggunakan secara langsung dengan tangan atau kulit. Setiap langkah-langkah keselamatan mestilah diambil kira terlebih dahulu sebelum mula membancuh sabun. Anda mestilah memakai sarung tangan plastik (lebih baik yang panjang), baju lengan panjang dan topeng muka (hanya untuk kegunaan lama atau berterusan, tidak wajib). Sekiranya terkena kulit, sila basuh dengan air paip secepat mungkin hingga hilang kesannya. Sungguhpun ia kedengaran bagaikan ia sangatlah merbahaya (ia boleh menghakis kulit), jika anda memastikan setiap langkah pembuatan sabun ini tepat, anda akan menghasilkan sabun 100% paling lembut untuk kulit tanpa apa-apa kandungan NaOH sedikit pun. Semua sabun keluaran kami sangat lembut untuk kulit, hinggakan kami sendiri menggunakannya ketika memandikan bayi.

 

NaOH lye dalam bentuk empingan keluaran kami berharga RM44/kg termasuk kos penghantaran Poslaju di Semenanjung dan RM57/kg bagi Sabah Sarawak. Sila klik di bawah bagi menempah:

Tempah Sekarang!

———————-

Cara Membuat Sabun NaOH Lye

Baiklah, selesai dengan mukadimah, sekarang mari kita terus ke resepi cara membuat sendiri sabun organik menggunakan NaOH lye. Sila tumpu perhatian dan lakukan setiap langkah dengan cermat. Ini kerana sebarang kesilapan pada timbang berat atau terlebih dikacau sebagai contoh, ia akan menyukarkan pembuatan sabun jenis ini. Alat penimbang digital (tepat hingga ke 1 g) diperlukan bagi memastikan ukuran bahan adalah tepat.

 

Bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan 1.4 kg sabun bar NaOH lye (lebih kurang 25 biji sabun seberat 50 g) ialah:

 

  1. Minyak kelapa sawit 1,000 g
  2. NaOH lye emping 135 g
  3. Air paip 213 g (baik dilebihkan, kerana perlu ditimbang dan ditambah dua kali)
  4. Kertas minyak – mengikut keperluan untuk melapik bekas

Peralatan yang diperlukan pula ialah:

 

  1. Penimbang digital 3 kg atau kurang
  2. Sarung tangan plastik
  3. 3 bekas plastik 2 liter
  4. Stick blender (juga boleh memaakai pemukul biasa tetapi akan agak memenatkan)
  5. Spatula plastik

langkah pembuatan sabun naoh lye

 

Prosedur pembuatan sabun bar NaOH lye:

 

  1. Lapik kertas minyak pada acuan yang akan digunakan. Pastikan yang ia sukar bocor. Kertas minyak ini akan memudahkan kita menanggalkan sabun ketika ianya sudah siap keras.
  2. Timbang 135 g NaOH lye dan 135 g air paip di dalam bekas berasingan. Kemudian campurkan kedua-duanya di dalam salah satu bekas. Tindakbalas ini akan menghasilkan haba dan hasilnya pula boleh menghakis kulit. Seboleh mungkin elakkan dari menghidu bau campuran ini. Biarkan 30minit untuk menyejuk.
  3. Timbang 159 g air paip di dalam satu bekas. Timbang 1,000 g minyak kelapa sawit di dalam sebuah bekas plastik yang lebih besar untuk campuran utama.
  4. Campurkan campuran di Langkah ke-2 dengan air 159 g dari Langkah ke-3. Kacau dengan spatula plastik sehingga sebati (lebih kurang seminit).
  5. Bersedia untuk mencampurkan kesemuanya ke dalam bekas berisi minyak kelapa sawit 1,000g. Pastikan alat mengacau samada stick blender atau spatula berada berdekatan. Campurkan keseluruhan campuran di Langkah ke-4 ke dalam 1,000g minyak kelapa sawit.
  6. Terus mengacau perlahan-lahan sehingga semakin sebati. Apabila tindakbalas sudah hampir tamat, campuran akan menjadi semakin pekat. Kacau dan angkat pengacau di udara bagi menitiskan sedikit bagi melihat kepekatannya. Anda mungkin memerlukan beberapa kali cubaan bagi mengenali kepekatan yang sesuai sebelum menuang keluar, tetapi bagi pertama kalinya baik anda hentikan kacau apabila adunan bertukar sedikit gelap warnanya.
  7. Dengan cepat dan berhati-hati, terus tuangkan adunan ini kesemuanya ke dalam acuan. Sekiranya terlambat, terdapat peluang dimana sabun akan mengeras terlalu awal sebelum habis dituangkan.
  8. Biarkan sabun di dalam bekas selama 24 jam. Selepas 24 jam, keluarkan dari acuan, potong (sekiranya memakai mold kayu atau paip) dan biarkan ia mengering di atas kain putih selama seminggu.
  9. Sila cuba menggunakan sabun itu bermula di tangan. Sekiranya ia berfungsi baik, maka anda telah berjaya menyempurnakan sabun NaOH lye anda! Tahniah!

Di harap anda semua dapat mencuba resepi ringkas sabun NaOH lye ini sendiri. Semua ramuan boleh didapati di pasaraya-pasaraya berdekatan anda kecuali NaOH lye. Anda boleh klik di bawah bagi membuat tempahan bagi NaOH lye:

Tempah Sekarang!

———————-

Terima kasih semua atas sokongan dan minat yang ditunjukkan. Sila tinggalkan komen atau apa-apa cadangan penambaikkan sekiranya ada. Selamat mencuba!

 

2 thoughts on “NaOH Lye: Resepi DIY Sabun Mandi Organik

  • salam…adakah kesan penghakis NaOH akan hilang bila bertindak dgn campuran air…takut bila dah siap dan tersalah sukutan sabun menghakis kulit?

    • Wslm. Ye tuan, NaOH akan bertindabalas dengan air dan sabun yang dibuat tanpa ukuran betul boleh menghakis kulit. Pastikan anda ikut resepi dengan tepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *