Tahukah anda,sedar tak sedar, kita masing-masing mempunya tabiat harian kita. Amalan ini kita ulang samada sedar atau tidak setiap hari. Kemungkinan, sekiranya umur kita sekarang 30 tahun, dah 30 tahun kita ulang rutin yang sama. Jika amalan itu bagus, pasti kita dah nampak hasilnya sekarang. Jika tidak? Pun pasti kita dah merasainya sekarang. Di bawah ini kita akan bincangkan amalan BURUK yang selalu kita lakukan yang sedikit demi sedikit merosakkan kulit kita T-T
.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, saya Anas dari Warisan Bumi. Dan ini adalah sebahagian dari CSR syarikat kami bagi memberi tambah nilai pada semua yang menyokong kami selama ini. Siri mingguan #cantiksemulajadidarizero ini akan membincangkan cara bagaimana sesiapa sahaja untuk bermula untuk mencapai kecantikan secara asli dan semulajadi step by step. Jom buka minda dan ambil manfaat dari perkongsian ini.
.
.
Semua orang mahukan kulit yang tampak cantik. Tetapi, bagi kebanyakan kita, beberapa rutin harian kita yang kita tidak sedar sentiasa menambah kepada kerosakan kulit sepanjang masa. Jom tengok rutin yang tak bagus kita buat selama ini:
.
.
[ 1 ] ANDA TAK BASUH MUKA SEBELUM TIDUR
.
Aik? Tak basuh muka pun tak bagus ke? Ye lah, dah lewat kan, mestilah penat nak terus masuk tidur.. Tetapi, sungguhpun anda tak perasan pun ada kekotoran pada muka, ini tak bermaksud ia tiada di situ. Dan masa demi masa, complexion anda akan menurun. “Kekotoran, minyak dan pencemaran lain akan terus terkumpul dan akan mengakibatkan keradangan dan breakout (jerawat dan lain-lain)” menurut Dr Joshua Zeichner, seorang dematologis terkemuka di New York.
.
Anda boleh gunakan sekurang-kurangnya cleanser lembut dengan pelembap seperti glyserin (banyak pada sabun asli) atau minyak botani untuk memastikan complexion sentiasa lembap. Kalau tak sempat juga? Gunakan beberapa swipe facial tissue pun memadai.
.
.
[ 2 ] ANDA MEROKOK
.
Sekarang sudah menjadi trending merokok ini bukan hanya pada lelaki tetapi juga wanita. Ditambah lagi dengan jualan vape, sekarang ini semua orang nak merokok. Masalahnya.. Nikotin mengurangkan aliran darah pada kulit anda. Ini bermaksud yang kulit anda tidak mempunyai oksigen dan nutrien yang secukupnya. Bahan kimia lain pula pada tembakau merosakkan kolagen dan elastin protein kulit yang berfungsi mengukuh struktur kulit menurut Dr Yoon-Soo, juga seorang lagi pakar kulit dari New York. Kulit perokok adalah nipis, kusam, lebih berkedut dan lebih sukar untuk membaikpulih.
.
Tambahan lagi, bertahun-tahun anda merokok sambil menjuih bibir dan mengenyit mata itu menyebabkan garisan-garisan jelas dan sudah semestinya lebih kedut pada kawasan itu.
.
Sungguhpun antioksidan seperti vitamin A dan C boleh merawat sebahagian dari kerosakan ini, satu-satunya solusi terbaik ialah berhenti terus dari merokok.
.
.
[ 3 ] ANDA KEDEKUT PAKAI SUNCREEN ATAU TERUS TAK PAKAI
.
Sinaran matahari memang terasa baik untuk kulit, tapi sayangnya, ia juga mengandungi sinaran ultraviolet (UV) yang merosakkan. Dr Zeichner menyebut “Sinaran UV mengakibatkan kedua-dua penuaan awal dan juga kanser kulit”.
.
Dan jangan silap, tak semestinya di pantai atau ketika panas terik sahaja anda perlu berjaga, matahari juga boleh merosakkan kulit anda di masa sejuk ataupun mendung.
.
Broad-spectrum SPF mampu menyekat sinaran UVA dan juga UVB dan melindungi secara penuh kulit anda. Carilah dengan spesifikasi minimum SPF 30, dan jika anda di luar panas terik, cuba untuk menyapu sunblock ini setiap 2 jam. Pastikan anda menggunakan secukupnya (rujuk label). Satu sudu teh mencukupi untuk muka, sempadan rambut, hidung dan di bawah dagu.
.
.
[ 4 ] ANDA MAKAN TERLEBIH GULA DAN TERLALU KURANG BUAH-BUAHAN & SAYURAN
.
Sesetengah kajian merumuskan, diet yang tinggi gula boleh mempercepatkan penuaan. Ini termasuklah bagi manisan seperti lollipop dan ais krim, malahan pada kanji di dalam karbohidrat yang halus (dimesin) seperti roti putih dan pasta. Diet yang mesra-kulit haruslah fokus pada sayur-sayuran, buah-buahan dan produk whole grain.
.
Kajian juga menunjukkan buah-buahan segar dan sayur-sayuran boleh mencegah kerosakan yang mempengaruhi penuaan kulit. Antioksidan boleh membaiki kulit.
.
.
[ 5 ] ANDA TERLALU KEJAM PADA JERAWAT
.
Apabila kita ada jerawat sebesar ikan paus di muka, pasti kita inginkannya hilang secepat mungkin. Memicit bukanlah jawapan yang betul kerana ia membawa kepada parut dan jangkitan!
.
Macamana dengan penggunaan krim pula? Benzoyl peroxide dan salicylic acid adalah 2 ramuan utama kebanyakan produk dan rawatan jerawat. Jadi kenapa tak gunakan dos yang lebih? Menurut Dr Zeichner, “Kajian menunjukkan 2.5% benzoyl peroxide adalah sama keberkesanannya dengan 5-10% kepekatan” katanya.
.
Demi kebekesanan yang lebih menarik pada pelanggan (Hilang Jerawat dalam 7 Hari! Bla-bla-bla..), sebilangan pengeluar meninggikan dosage bahan ini. Kepekatan yang lebih tinggi akan menyebabkan keradangan, terutamanya pada yang berkulit sensitif. Hasilnya, complexion anda akan terus merah kemarahan dari sebelum menggunakan haha. Dr Zeichner mencadangkan 2.5% benzoyl peroxide dan 2% salicylic acid. Kepekatan ini mencukupi bagi kebanyakan orang. Jika masih keradangan, cuba cari produk yang lebih rendah kepekatan atau terus gunakan produk asli (natural products).
.
.
[ 6 ] ANDA EXFOLIATE KULIT KERING
.
Empingan kulit dan sisik adalah tanda mula kekeringan. Sungguhpun exfoliating mampu menyamakan tona kulit pada kawasan spesifik di muka, rawatan ini sebenarnya boleh mengganggu keseimbangan kelembapan kulit.
.
Daripada menghakis kulit, kekeringan pada kulit boleh diselesaikan dengan melembap sahaja. Lotion tanpa pewangi dank rim pelembap seperti gliserin, dimethicone, petrolatum dan mentega seperti cocoa dan shea meresap masuk cepat dan meninggalkan kulit anda lembap tanpa kesan minyak.
.
.
Dah. Jom hentikan ke semua rutin harian di atas ni. Tak susah pun. Cuma perlu disiplin pada diri untuk kelihatan cantik asli selamanya. Saya doakan anda berjaya 😉
.
Artikel asal:
.