Ranking Keadaan Covid-19 Malaysia Mengikut Negeri Harian Terkini

Berikut adalah ranking situasi Covid-19 bagi negeri-negeri mengikut kepada penurunan kes baharu, kadar vaksinasi terkini dan juga kematian yang dicatatkan harian. Infografik ini akan dikemaskini setiap hari.

Infografik ranking terkini Covid-19 setakat 2hb September 2021. Kemaskini setiap hari pada pukul 7 malam di sini. Save link ini untuk terus ketahui perkembangan terkini.

Apakah tujuan infografik ini?

  1. Supaya kita semua mengetahui keadaan negeri masing-masing, negeri jiran dan juga Malaysia keseluruhannya dengan niat supaya ini membantu kita lebih cakna pada pelan pemulihan negara bagi bebas Covid-19.
  2. Diharapkan dengan pengetahuan ini, kita dapat merancang aktiviti kita dengan lebih baik dan elakkan mengambil risiko untuk memasuki kawasan tertentu atau elakkan sama sekali merentas negeri atau daerah.
  3. Diharapkan kita semua bersatu dan tolong menolong sesama kita dan bukan bertindak sebaliknya.

Bagaimana memahami infografik ini?

  1. Infografik ini menerangkan situasi terkini Covid-19 di Malaysia secara menyeluruh dan juga lebih spesifik menurut negeri-negeri.
  2. Ranking disusun dengan keadaan kritikal berada di atas dan yang lebih stabil di bawah. Ranking dikira menurut jumlah kes terbaru. Oleh sebab ini semua negeri mungkin berubah kedudukan mengikut perubahan kes baharu padanya dan pada negeri-negeri lain.
  3. Bahagian kiri: Garisan berwarna ini menggambarkan naik turun ranking bagi negeri-negeri menurut kepada 7 hari lepas. Garis yang lurus sahaja menunjukkan ranking negeri terbabit tidak bergerak dalam tempoh ini.
  4. Bahagian kanan: 3 kategori KPI iaitu kes baharu, vaksinasi dan kematian disusun secara bergraf dan juga angka harian terkini. Graf bergaris kecil itu menunjukkan trend naik turun di negeri berkenaan pada KPI berkenaan.

Bagaimana untuk terus mendapat infografik ini setiap hari?

  1. Facebook Page: Sabun Warisan Bumi
  2. Website: SabunWarisanBumi.com

Rujukan

  1. Website: Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. Facebook Page: Kementerian Kesihatan Malaysia

Terima kasih atas sikap anda yang mengambil berat dan cakna mengenai pandemik ini. Saya doakan kita semua berjaya menempuhi ujian ini dan kita semua selamat. Kita boleh!

  • Jaga penjarakkan sosial
  • Pakai pelitup muka
  • Basuh tangan dengan sanitizer / sabun
  • Terus konsisten!

Hebahkan artikel ini kepada semua kawan dan keluarga anda.

#KitaJagaKita #RankingCovid19Malaysia #CovidMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *