Perkembangan Perusahaan Kecil SWB

Alhamdulillah semakin ramai yang berminat dan menyokong produk sabun semulajadi kami. Setelah sekian lama hanya dengan produk Cameron Highlands Soapworks (Carrot, Green Tea, Tomato dan Strawberi), sekarang Sabun Warisan Bumi (SWB) telah mempunyai 14 jenis produk kesemuanya.

Kami masih lagi sebuah perusahaan kecil di rumah saya, di Pekan, Pahang. Segala proses pengeluaran, rekabentuk dan cetakan semua kami lakukan sendiri setakat ini. Berbekalkan pengalaman kerja di kilang, dan sedikit latar belakang dalam rekabentuk, saya (Anas Azmi) dan Anas Takiyudin membesarkan sedikit demi sedikit perusahaan ini bermula dengan membekalkan sabun semulajadi ke MARDI Cameron Highlands.

Jualan kami majoritinya dari pelanggan setia sedia ada, lelong.my, facebook dan juga yang terbaru website ini. Sungguh pun masih lagi dalam fasa infansi, kami berjanji untuk terus meneruskan berusaha membesarkan lagi perniagaan ini demi anda semua. Sekali lagi, kami berterima kasih atas sokongan penuh anda semua selama ini. Kami doakan semua yang menyokong berkat ibadah dan murah rezeki. Amin.

Kepilan gambar di bawah: -Terima kasih Encik Lokman atas sokongan tuan!

order en lokmanDari kiri: Sabun cecair Castile, sabun bar habbatus sauda, sabun bar castile, sabun bar carrot, sabun bar susu kambing dan sabun bar susu beras.

20151130_125228Di atas ialah cara pembungkusan kami sebelum dimasukkan ke dalam kotak Poslaju

20151130_125924Setiap penghantaran produk kami adalah melalui Poslaju bagi memastikan harga yang konsisten dan kemudahan menyemak status

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *