Pembukaan Kedai Online SWB! :)

kedai online swb

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami berjaya menyiapkan kedai online Sabun Warisan Bumi (SWB) atas cadangan daripada para pelanggan setia. Kami amatlah menghargai cadangan tersebut. Kami di SWB, akan sentiasa menambah-baikkan perusahaan kecil kami ini untuk berkhidmat pada anda semua.

Sedikit pengenalan mengenai Kedai Online SWB ini..

sabunwarisanbumi.com ialah website dan kedai online utama SWB. Di sini kami akan:

  1. Memaparkan perkembangan terkini SWB
  2. Menyenaraikan semua produk SWB beserta fungsi tempahan untuk semua
  3. Arkib blog kami mengenai sabun, cara hidup organik dan sabun DIY
  4. Menyediakan link bagi semua untuk menghubungi kami

Sungguh pun tak seberapa, kami harapkan website-kedai online ini mampu menyediakan semua maklumat dan memudahkan semua urusan anda dengan kami. Terima kasih atas sokongan dan minat anda terhadap SWB. Semoga anda semua terus bahagia, ceria dan maju! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *