Nak Putih Punya Pasal, Sanggup Bleaching Kulit? BAHAYA!

20180724 Nak Putih Punya Pasal Sanggup Bleaching Kulit BAHAYA

Fenomena yang sedang menjadi-jadi termasuklah di negara kita sendiri. Ramai dah yang teringin sangat nak cuba pelbagai produk pemutih kulit segera di pasaran sekarang ni.. Sebelum anda beli, cuba baca ini dulu. Jangan sampai tersilap, uuu abis seram jadi muka nanti.

.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, saya Anas dari Warisan Bumi. Dan ini adalah sebahagian dari CSR syarikat kami bagi memberi tambah nilai pada semua yang menyokong kami selama ini. Siri mingguan #cantiksemulajadidarizero ini akan membincangkan cara bagaimana sesiapa sahaja untuk bermula untuk mencapai kecantikan secara asli dan semulajadi step by step. Jom buka minda dan ambil manfaat dari perkongsian ini.

.

Seramkan tengok imej atas ni? Terasa kepedihannya huhu. Untuk artikel ini, saya akan bincangkan kes bleaching kulit yang melampau hingga merosakkan kulit. Imej di dalam artikel ini diambil dari kajian kes sebegini yang semakin menjadi-jadi di Afrika.

.

Di Malaysia? Huhuhu ada juga kes ini sebenarnya, tapi saya elakkan untuk ceritakan di sini takut nanti aib pada pesakit-pesakit berkenaan. Tetapi jika anda baca sehabisnya artikel ini, anda akan dapat membezakan produk yang betul-betul memutihkan kulit atau hanya shortcut sahaja yang akan memburukkan lagi kulit anda yang sedia ada cantik. Pilih dengan baik ye.

.

Kenapa bleaching kulit?

.

Antara sebab utama orang memutihkan kulit ialah untuk melawan hiperpigmentasi. Hiperpigmentasi ialah antara is utama bagi kulit yang gelap. Ia disebabkan oleh pengeluaran lebihan pigmen akibat daripada peningkatan melanin. Selain itu, ia juga disebabkan oleh pendedahan pada matahari, jerawat, rawatan kulit, dan radang pada kulit.

.

Ada juga yang menggunakan produk bleaching untuk menanggalkan parut. Tetapi sebab yang paling popular ialah…. Cer teka. Mereka tak nak kulit gelap. Kenapa? Sebab majority yang bleach kulit melakukannya kerana mereka menganggap kulit gelap tidak cantik. Ala.. Cer tanya diri anda, pelakon drama mana cantik, yang mana tak. Anda pun mesti berfikiran sama kan? Jika tak, bagus anda minority yang bersyukur dan hormat kecantikan semulajadi.

.

Bagaimana biasanya orang bleaching kulit?

Menurut kajian saya, produk pemutihan ini boleh didapati dalam bentuk minuman, cream dan sabun. Ada yang betul-betul selamat dan telah diiktirak KKM dan ada yang masih lagi belum (ada yang merbahaya dan dipasarkan secara haram). Jadi anda mestilah pandai memilih.

.

Skin lightening cream bukan produk terbaik untuk tujuan ini. Sebaiknya, gunakanlah exfoliant dan cleanser yang sesuai untuk menanggal sel kulit mati, mencantikkan tona warna kulit dan menambahkan seri kulit gelap cantik anda yang dikurniakan tuhan.

.

Tak semua produk pemutihan tidak bagus. Tapi anda perlulah memilih dengan cermat untuk mengelakkan anda torkono ye. Sebagai panduan, elak dua bahan utama berikut. Bahan ini sangat efektif memutihkan dan juga dalam masa yang sama merosakkan kulit dan seterusnya kesihatan anda juga tergadai. Mohon kita semua dielakkan dari kecelakaan ini.

.

Berikut adalah bahan-bahan merbahaya yang biasanya terkandung dalam produk bleaching kulit. Saya sertakan sekali fungsi dan kesan-kesannya pada kulit. Antaranya ialah:

.

[ 1 ] HYDROQUINONE

Hydroquinone adalah bahan yang paling aktif dalam bleaching cream. Ianya berfungsi menyekat enzim pembentuk pigmen “tyrosinase”. Bahan ini telah diharamkan di beberapa buah negara termasuklah Kenya, Uganda, Australi dan Eropah kerana ia dihubung kaitkan dengan pembentukan kanser. Bahan ini boleh meradangkan kulit sekiranya melebihi 4% kepekatan dan sangat tidak stabil di dalam formulasi produk kosmetik. Ada saintis yang mencadangkan bahawa keracunan hydroquinone ini boleh membawa kepada IQ rendah dan kesukaran bertutur. Dahsyatnya!

.

[ 2 ] MERCURY (Raksa)

Mercury juga merupakan satu lagi bahan aktif utama skin lightening cream. Ia menyebabkan keradangan kulit, kelunturan warna kulit (tak sekata huhu) dan menyebabkan parut (menurut WHO). Selain krim, sabun pemutih juga banyak menggunakan bahan ini, dimana pengamalnya membasuh kulit dengannya dan dibiarkan semalaman. Nak putih semalaman tu.. Huhuhu. Ini tak takut lagi, ada sabun yang boleh memutihkan hanya selepas seminit dua ja pakai.

.

Berbaloi ke? Berbaloi ke meningkatkan kemungkinan menghidapi kanser dengan membelanjakan duit hasil keringat kerja anda pada produk bleaching sebegini? Fikir dahulu sebelum buang duit.

.

Akhir kata dari saya, pilihlah yang disarankan oleh KKM, insyaallah pilihan anda tepat.

.

Like Page Siri Cantik Semulajadi Dari Zero

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *