Jom anggap kita zero dan tak pernah buat duit online. Dan tetiba kita rasa nak tambah income kedua selepas gaji kita atau nak buat full-time terus. Mesti pening nak start di mana kan? Jadi jom saya tunjukkan 7 cara realistic bagi beginner untuk mula buat duit online. Saya sertakan sekali link untuk anda terus survey metod yang paling sesuai untuk anda mula. Jom stadi!
.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, saya Anas dari Warisan Bumi. Dan ini adalah sebahagian dari CSR syarikat kami bagi memberi tambah nilai pada semua yang menyokong kami selama ini. Siri mingguan #buatduitonlinedarizero ini akan membincangkan cara bagaimana sesiapa sahaja untuk bermula untuk membina pendapatan online step by step. Jom buka minda dan ambil manfaat dari perkongsian ini.
.
Terdapat pelbagai cara untuk buat duit online ni. Tapi kali ini saya hanya akan bincangkan cara yang paling logikal bagi orang yang bermula dari zero, iaitu tidak pernah langsung lagi buat duit online. Sedikit kemahiran mungkin perlu anda persiapkan untuk metod-metod ini. Kita akan bincangkannya dari segi kriteria modal dan kemahiran yang diperlukan beserta pulangan yang anda boleh sasarkan.
.
Panduan ini saya bahagikan kepada dua bab untuk memudahkan anda memahami dan praktik. Saya cuba seboleh mungkin untuk memudahkan terma teknikal dan masukkan sekali gambar contoh untuk anda mudah faham. Bab pertama ialah mengenai cara mencari barang untuk dijual manakala bab kedua menceritakan aturan proses jualan yang bersesuaian (sales funnel) untuk anda gunakan mengikut kemahiran / modal anda.
.
.
BAB 1: CARA MENCARI BARANG / SERVIS UNTUK DIJUAL
.
Terdapat banyak cara untuk mendapatkan bahan niaga, tetapi di bawah ini adalah contoh termudah untuk anda mula. Saya sertakan juga kelebihan dan kelemahan setiap satunya bagi anda pertimbangkan mengikut kemampuan anda. Saya beri anda 3 pilihan untuk memilih produk / servis untuk anda pasarkan seperti di bawah ini:
.
.
[ a ] JADI AGEN PRODUK DI PASARAN
+ Produk siap sedia dan telah berada di pasaran (orang dah kenal)
+ Tak perlu fikirkan mengenai pengeluaran produk
+ Produk di tangan anda, jadi anda boleh feel produk dan anda boleh mengaku Ready Stock
+ Boleh jual secara offline juga di Car Boot Sale, Expo dan lain-lain
– Perlu modal untuk beli stok, kos dari minima-sederhana
– Tertakluk di bawah peraturan yang ditetapkan pemilik produk
– Produk di tangan anda, sekiranya tak terjual anda rugi stok tak bergerak
= Keuntungan 20-50%
.
Metod ini agak rendah risiko jika anda memilih produk yang mudah jual bagi anda. Sebagai contoh, sekiranya anda pengguna tegar produk A, jadilah Agen produk ini kerana anda sudah biasa dengannya dan mudah bagi anda untuk rekomen dan pengaruh prospek untuk turut beli seperti anda.
.
Untuk menjadi Agen kebiasaannya anda perlu mengeluarkan sedikit modal permulaan untuk mula beli barang niaga sebelum bermula. Ada pemilik yang juga akan memberikan anda sistem berkesan untuk anda teruskan aplikasi, mudah sekiranya begini bagi anda yang baru bermula, tak perlu test and error lagi. Kaji mendalam ye samada anda yakin anda boleh menjualnya atau tidak sebelum membuat keputusan.
.
Bagaimana untuk mula?
- Survey / Lihat iklan yang anda
- Dapatkan contact untuk permohonan menjadi agen
- Dapatkan semua maklumat dan catat
- Ulang langkap 1-3 untuk beberapa produk dan buat keputusan untuk pilih
- Bayar yuran permulaan dan mula berniaga
.
Tiada idea produk? Join keluarga Warisan Bumi sebagai Agen!
.
[ b ] JADI AFFILIATE PRODUK DI PASARAN
+ Tak perlu buat atau pegang stok, pemilik akan uruskan
+ Hanya minima saja tugas anda
– Komisen rendah
– Perlu kemahiran tarik trafik besar (blog viral atau website yang popular)
= Keuntungan 5-10%
.
Bagi yang nak try geli-geli boleh mula di sini. Kebiasaannya tiada risiko kerugian duit kerana ianya percuma. Tugas anda sangat kecil, hanya iklan link dan jika orang klik dan beli, anda akan dibayar komisen. Keuntung kecil kerana kerja yang anda buat juga sedikit sahaja. Cara yang terbaik untuk metod ini ialah buat untuk pendapatan sambilan sahaja dan anda perlu pasti anda ada cara untuk tarik trafik besar.
.
Kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dengan metod ini agak kritikal. Tanpa trafik yang besar, kemungkinan besar pendapatan anda akan tak seberapa. Tak berbaloi. Sekiranya trafik anda besar, fuhhh.. sambil tidur pun buat duit hehe. Blogger dan bintang popular instagram biasanya sangat berjaya dalam metod ini.
.
Bagaimana untuk bermula?
- Google peluang affiliate yang ada
- Google review samada ok affiliate berkenaan
- Dapatkan semua maklumat dan catat
- Ulang langkap 1-3 untuk beberapa produk dan buat keputusan untuk pilih
.
[ c ] HASILKAN PRODUK SENDIRI
+ Produk sendiri, anda boleh ubah segalanya
+ Kos per unit terendah
– Anda perlu buat segalanya
– Kos permulaan diperlukan untuk peralatan dan kelengkapan
= Keuntungan 50-90%
.
Ramai yang takut bila disebut pemilik produk. Ya anda perlu buat sendiri produk anda. Tapi dengan modal anda juga boleh upah saja pihak lain untuk buat bagi pihak anda. Jika anda memilih untuk buat sendiri, bagi saya ia lebih baik, tapi ia akan mengambil masa yang panjang (Warisan Bumi mengambil masa 7 tahun untuk stabil sepertimana sekarang T-T). Kelebihan jika anda buat sendiri, anda boleh kawal hamper kesemua kos, jadi anda lebih fleksibel. Kelemahan buat sendiri pula, anda la kuli anda la tokey hehe.
.
Jika ini pilihan anda, saya ucapkan tahniah anda usahawan sebenar. Korbankan pendapatan jangka pendek untuk keuntungan jangka masa panjang. Tak susah sebenarnya. Banyak sangat usahawan yang saya kenal buat sendiri produk di rumah saja. Merekalah bos merekalah kuli, tapi pendapatan mereka sangat stabil dan sentiasa berkembang walaupun sedikit demi sedikit. Perjalanan ini mengambil masa, tapi ia bukanlah mustahil.
.
Bagaimana buat sendiri produk?
- Buat keputusan produk apa yang ingin dibuat
- Google atau cari kursus / guru untuk belajar buat sendiri
- Kira kos samada pelaburan ini bagus atau tak
- Ulang langkap 1-3 untuk beberapa produk dan buat keputusan untuk pilih
.
Ingin kami buatkan sabun brand anda? Klik untuk hubungi saya
.
Sebelum meneruskan ke Bab 2. Anda perlulah membuat keputusan produk mana yang anda akan usahakan. Kenali produk anda sedalam mungkin. Lebih mendalam pengetahuan dan kecintaan anda pada produk anda, lebih mudah anda menyusun strategi sistem jualan anda di Bab 2. Jom teruskan.
.
.
BAB 2: CARA MENYUSUN SALES FUNNEL (CARA MEMBUAT SISTEM JUALAN)
.
Bab ini agak kompleks kerana terdapat terlalu banyak cara yang anda boleh lakukan dan anda mesti memilih kaedah yang tepat untuk jualan yang konsisten. Tak kisah di mana sekalipun anda dapatkan produk anda, anda mesti melalui Sales Funnel ini. Penerangan saya ini sangatlah fundamental dan saya harap ia akan mengukuhkan pemahaman anda untuk memasang strategi Sales Funnel anda sendiri. Saya ringkaskan fasa Sales Funnel ini kepada 3 fasa sahaja supaya anda mudah untuk membuat keputusan apa yang anda ingin lakukan pada setiap fasa ini.
.
.
Sales Funnel ialah corong proses menukarkan prospek kepada pembeli. Ia bermula dengan fasa 1: iklan yang dihebahkan pada orang ramai (trafik) dan seterusnya fasa 2: prospek akan mendekati kita dengan mencari maklumat / bertanya dan diakhiri dengan fasa 3: prospek bertukar menjadi pelanggan dengan membeli produk kita. Setiap fasa ini boleh direkabentuk khas untuk perniagaan anda. Di bawah ialah antara pilihan yang ada. Ada boleh pilih satu kaedah bagi setiap fasa yang anda yakin dan mencukupi modal yang anda ada.
.
Pergerakan prospek dari atas ke bawah ini sentiasa berlaku sepanjang perjalanan Sales Funnel ini. Daripada orang ramai yang berjuta di Malaysia ini, berapa yang terlihat iklan anda? Orang ini saya namakan prospek. Katakanlah 1,000 orang ternampak iklan anda. Dari 1,000 orang ini, 30 orang (3%) bertanya pada anda maklumat produk, mereka berminat. Pada waktu ini anda sedang menukarkan (conversion) seorang prospek kepada seorang pembeli. Sekiranya dari 30 orang yang bertanya, 3 (10%) orang membeli, maka yang membeli itu berjaya menurun satu langkah lagi ke bawah. Itulah kitaran Sales Funnel anda. Setiap % yang saya sebutkan tadi itu menunjukkan betapa berjayanya fasa sebelumnya itu. Bagi menjamin % penukaran yang tinggi di setiap fasa, anda perlulah memilih kaedah yang betul dan berkesan. Lihat jadual di bawah untuk pilihan yang anda boleh pilih untuk mengisi setiap fasa Sales Funnel anda:
.
.
Kenapa ada yang berbayar ada yang free? Ianya boleh dikatakan bayaran ini ialah kerana anda mahukan lebih capaian atau anda mahukan automasi. Kedua-duanya baik kerana lebih lancar Sales Funnel ini dari atas ke bawah, lebih ramai trafik yang anda boleh proses, akhir sekali lebih banyak jualan yang anda akan dapat.
.
Sales Funnel yang terbaik ialah yang membuahkan jualan yang besar dan berterusan. Samada cara yang anda pilih percuma (tiada kos) atau ianya automatik (tak perlu sentiasa kita menghadap telefon / komputer), ianya hanya untuk memudahkan kerja anda sahaja. Apa-apa pun, pastikan anda sentiasa untung bagi setiap jualan.
.
Setakat itu sahaja kali ini. Jangan susah hati jika anda masih blur. Saya sediakan satu ebook percuma untuk anda di link di bawah ini sekiranya anda ingin terus mendalaminya step by step. Jangan putus asa, semoga usaha anda ini akan membuahkan kejayaan pada anda kelak. Selamat berjaya dan terima kasih semua!
.