Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua 🙂
.
Page ini akan menerangkan latar belakang bagi Koperasi Bersatu Cendawan Pahang Berhad (KBC Pahang). Kami amat mengalu-alukan warga negeri Pahang Darul Makmur untuk menyertai kami. Sila ikuti penerangan ini mengenai pelbagai fungsi dan faedah koperasi ini untuk anda.
.
Pengenalan
.
KBC Pahang telah berjaya ditubuhkan pada 18 Januari 2018. 12 Ahli Lembaga Koperasi telah dilantik di kalangan usahawan cendawan sekitar Pahang. KBC Pahang kini dalam fasa memulakan aktiviti pemasaran, kempen promosi dan pendaftaran ahli-ahli baru.
.
En Mokhtar (Pengerusi) bersama menyerahkan permohonan pendaftaran koperasi kepada Pn Norlinah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Wilayah Kuantan 1 di SUK, Kuantan
.
Sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi Bersatu Cendawan Berhad beserta surat kelulusan
.
KBC Pahang beroperasi di d/a Pekan Agro Farm, Jalan Halimi 1, Kampung Panchor, 26600, Pekan, Pahang Darul Makmur
.
Fungsi & Aktiviti
.
KBC Pahang akan fokus pada industri sektor pertanian dengan pengkhususan pada tanaman semua jenis cendawan. Antara aktiviti di dalam pelan utama KBC Pahang ialah:
.
- Menghasilkan Produk berasaskan Cendawan
- Menjual Produk berasaskan Cendawan
- Membeli Cendawan Segar dari para pengusaha
- Mengawal Harga Cendawan di pasaran
- Memberi Bimbingan secara berterusan kepada Usahawan Cendawan baru
- Terlibat dengan pelbagai aktiviti pameran, karnival dan jualan produk
.
Antara senarai aktiviti yang sering kali diadakan di tapak operasi KBC Pahang
.
.
Peluang Menjadi Ahli Koperasi
KBC Pahang membuka peluang kepada semua yg berminat untuk menyertai KBC Pahang. Kelayakan menjadi ahli ialah warganegeri Pahang atau beralamat di Pahang. Yuran keahlian ialah RM30 seumur hidup beserta saham RM200/syer. Daftar sekarang!
.
.
.
Pertanyaan
Bagi sebarang pertanyaan mengenai KBC Pahang dan keahlian, anda boleh hubungi Anggota Koperasi di bawah ini untuk penerangan:
.
- Setiausaha: En Anas
- Whatsapp: http://www.wasap.my/60164092053
- Call/SMS: 016-409 2053
- Bendahari: Pn Suzinandariah
- Whatsapp: http://www.wasap.my/60193928873
- Call/SMS: 019-392 8873
- Pengerusi: En Mokhtar
- Whatsapp: http://www.wasap.my/60183715249
- Call/SMS: 018-371 5249