Kisah Usahawan Teknologi Anas Takiyudin

Ini adalah seorang usahawan low profile yang dalam diam sedang mengembangkan pengaruhnya selaku peneraju idea teknologi baru di dalam negara. Kita selalu terlalu mengidolakan usahawan yang riuh kecoh dan berkontroversi semata-mata tanpa menyedari mungkin idola-idola sebegini kurang sesuai untuk kita ikuti dalam perjalanan kita menuju kejayaan diri kita sendiri.

Jika ditanya saya, siapakah selebriti yang pernah saya bergambar bersama, saya akan memberikan jawapan contoh-contoh seperti usahawan sebegini. Kenapa? Kerana:

  1. Selebriti yang patut bagi saya adalah orang yang saya pandang tinggi dan boleh saya contohi sekiranya saya ingin mengikuti jejak langkahnya.
  2. Saya tak minat artis sangat huhu.

Bagi yang tidak mengetahui, beliau adalah partner saya di dalam Anas Industries dan kami berkerjasama dalam penubuhan kilang sabun asli skala kecil SabunWarisanBumi.com. Sekarang ini dia sudah jauh mengorak langkah sendiri dalam bidang prototyping dan juga aplikasi pelbagai teknologi baru.

Nama beliau adalah Anas Takiyudin Dato’ Mohd Anuar, yang sekarang ini menerajui ATR di sektor kejuruteraan termasuklah Computer Aided Engineering, 3D Prototyping dan Rapid Prototyping yang lain. Bisnes beliau terlibat di dalam pelbagai sektor termasuklah pengurusan sisa, perikanan, pembuatan, drone dan juga automotif.

Beliau merupakan sahabat baik saya sejak dari di UTeM lagi (yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Teknikal Malaysia Melaka, KUTKM). Seperti saya, kami dilatih sebagai jurutera rekabentuk dan ini sehingga sekarang ini menjadi kekuatan En Anas Takiyudin ini.

Bahkan kehebatan rekabentuk beliau membolehkan beliau mengungguli kejohanan SUPERB satu masa dahulu dengan pengalaman hampir sifar di bidang prototyping! Saya masih ingat dia menceritakan pada saya yang semua hakim pertandingan tersebut mengagumi satu tali leher yang dipakainya yang dicetak menggunakan 3D Printer buatannya sendiri. Hehe hebat.

Saya bertanyakan padanya, apa tips yang boleh diberikannya pada usahawan teknologi terbaru. Ini jawapannya:

  1. Jangan berhutang
  2. Jangan marah isteri
  3. Jadi orang Islam yang baik

Begitulah dia seperti saya kenali sebelum ini, ringkas dan padat.

Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan kejuruteraan dan bekalan peralatan kilang dari beliau, berikut adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkannya. Perniagaan-perniagaannya ini sudahpun berkembang ke global sejak beberapa tahun yang lepas lagi.

  1. Protoyping / Machining di Anas Takiyudin Resources:
    • Rapid Prototyping
    • 3d Scanning
    • Reverse Engineering
    • Mechanical Design
    • CNC machining (mill & lathe)
    • Laser Cutting
    • Laser Engraving
    • EDM Wirecut
  2. Tempahan Cop Sabun di Soap Stamp World

Bangga saya ada sahabat sehebat ini. Saya doakan dia terus maju jaya, dan juga semoga kita semua juga memperoleh kejayaan sepertinya kelak. Jom usaha! 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *