Kenapa Bayaran GKP Anda Belum Masuk?

Raya haji nak dekat dah ni, lagipun ini dah bulan ke 4 dah PKP ni. Eh kenapa bayaran GKP tak masuk-masuk lagi ni?

Anda ada masalah yang sama?

Saya tersedar rupanya ramai yang ada masalah belum terima pembayaran duit GKP walaupun pembayaran sebenarnya telah bermula sejak pertengahan Jun lagi.

Jika anda lulus layak GKP dan masih belum dapat bayaran anda, sila baca artikel ini bagi menyelesaikannya. Sayang tu duit bantuan RM3,000..

Kenapa Lambat Dapat?

Sepertimana anda, saya juga mempunyai masalah yang sama. Dan setelah menyemak saya dapati terdapat satu masalah pada proses pembayaran GKP saya.

Semak status pembayaran anda di sini:

  1. Log Masuk di https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Lihat Status Kredit dan Kod Tidak Berjaya anda

Sekiranya Status Kredit anda GAGAL KREDIT dan Kod Tidak Berjaya anda INVALID BENEFICIARY, anda sepatutnya telahpun menerima bayaran anda, tetapi LHDN tidak dapat membuat bayaran kerana akaun anda di atas nama syarikat.

Memang aneh, tapi itulah kebenarannya. Pembayaran tidak dapat dibuat kerana LHDN tidak dapat mengesahkan akaun syarikat ini benar-benar milik anda.

Jadi sebagai penyelesaiannya, anda perlu memasukkan nombor akaun baru, iaitu nombor akaun peribadi anda. Ini petikan dari website di atas:

Sekiranya status pembayaran adalah Gagal Kredit, sila kemaskini maklumat AKAUN BANK PERSENDIRIAN PEMOHON dimenu Kemaskini Akaun Bank pada Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Pastikan akaun bank yang dikemaskini adalah aktif dan berbeza dengan maklumat akaun bank yang telah dilaporkan pada permohonan GKP sebelum ini.

~ gkp.hasil.gov.my

Bagaimana Nak Betulkan?

Tetapi jangan risau, LHDN juga telah bertungkus lumus membetulkannya. Cara anda nak tukar nombor akaun anda juga mudah.

Cara tukar nombor akaun ke akaun peribadi:

  1. Klik Kemaskini No Akaun
  2. Pilih Nama Bank peribadi anda (Malayan Banking = Maybank ye, kelakar betul haha)
  3. Isi Nombor Akaun anda
  4. Klik Hantar
  5. Klik OK. Siap!

Dah Buat, Bila Dapat Bayaran?

Untuk tarikh pembayaran akan jadi pelbagai disebabkan kemaskini data baru ini. Jadi, PASTIKAN ANDA BUATNYA SEKARANG! Kerana takut lagi lambat anda kemaskini nombor akaun, lebih lambat anda dapat bayaran.

Ini petikan dari website berkenaan:

Pembayaran semula bagi status Gagal Kredit akan dilakukan secara berperingkat selepas maklumat akaun bank yang baru dikemaskini.

~ gkp.hasil.gov.my

Bila Dapat Duit Jangan Joli Pula!

Sungguhpun bernilai RM3,000 sahaja, anda patut laburkannya semula ke dalam bisnes anda bagi memastikannya terus kukuh. Ingat.. Moratorium akan berakhir Oktober nanti. Tak lama tu..

Ini cadangan saya, spend saja RM600 untuk bina bisnes part time. Ini fasiliti SabunWarisanBumi.com bina untuk membantu anda. Klik di bawah:

Selamat berjaya 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *