Kebun Sayur Mini Vermikultur

Tajuk Projek Kebun Sayur Mini Vertikultur AI

Keterangan Projek

3 meter persegi ruang laman anda mampu menghasilkan sehingga:
a) Pendapatan sampingan RM100 sebulan! Atau
b) 10kg bekalan sayur-sayuran sebulan!

Projek Kebun Sayur Mini Vermikultur ini ialah inovasi tanaman sayur-sayuran terbaru yang menggabungkan kaedah pengairan akar menggunakan perpaipan dengan fungsi Vermikultur (hubungan simbiosis antara tumbuhan dan ekologi cacing). Inovasi kebun mini ini membolehkan tanaman pelbagai jenis sayuran di dalam ruang minima dan dengan hasil optimum walaupun hanya memerlukan penyelenggaraan minima. Keseluruhan sistem ini mampu memuatkan sehingga 400 pokok. Ianya ORGANIK, AUTOMATIK dan TANPA ELEKTRIK!

Kebun Sayur Mini Vermikultur AI Project Photo 20160514Cara Penggunaan

Keseluruhan sistem ini sesuai diletakkan di luar bangunan hampir di mana-mana termasuklah di pedalaman. Ini membolehkannya menjadi kebun mini bagi membekalkan sayur-sayuran kepada masyarakat tempatan. Cara penggunaannya ialah seperti di bawah:

  1. PENYEDIAAN: Setiap pasu disediakan sepertimana kaedah penanaman sayuran biasa dan terus disusun ke atas rak. Kotak cacing pula hanya perlu disediakan sekali sahaja dan seterusnya hanya memerlukan pemerhatian dan pemberian makan 1-2 minggu sekali. Nutrisi dari teh vermikompos cacing ini akan terus memberi nutrisi pada akar pokok.
  2. PENYELENGGARAAN: Seminggu sekali, pemerhatian harus dilakukan dan cacing perlu diberi makan. Tiada penyelenggaraan lain diperlukan sehinggalah waktu tuaian. Dianggarkan setiap kebun mini ini, hanya memerlukan sebanyak 1-2 jam seminggu penyelenggaraan, selainnya adalah automatik. MUDAH dan BERKESAN!

Elemen Inovasi

Terdapat dua inovasi utama dalam projek ini iaitu SUSUNAN BERTINGKAT dan INTEGRASI VERMIKULTUR CACING:

Sistem Bertingkat Kebun Sayur Mini Vermikultur AI

  1. SUSUNAN TANAMAN BERTINGKAT: Setiap pasu tanaman di dalam sistem ini disusun mengikut baris dan tingkat. Dengan hanya 3m x 3m x 1.6m tinggi, sistem ini mampu memuatkan 1.2 pokok sayuran bersaiz sederhana sekaki persegi. Susunan bertingkat memudahkan pemerhatian, penyelenggaraan dan juga direkabentuk mengikut keperluan ergonomik pengguna.

Cacing Kebun Sayur Mini Vermikultur AI

  1. INTEGRASI VERMIKULTUR: Integrasi vermikultur pula menggabungkan cara penanaman sayur biasa dan menghubungkannya secara simbiosis dengan ekologi cacing. Cacing akan membekalkan nutrisi terus pada akar setiap tanaman. Ini menjadikannya bebas baja kimia bukan organik dan ianya PERCUMA!

Impak Positif Kepada Komuniti

Sistem Kebun Sayur Mini Vermikultur ini mampu menjadi pembekal sayur-sayuran di pelbagai pelusuk negara termasuklah di pedalaman. Antara faedah projek ini ialah:

  1. BEKALAN SUMBER MAKANAN: Sistem ini diharap dapat menjadikan kawasan-kawasan terpencil kurang bergantung kepada bekalan makanan dari luar. Dengan hanya ruang tanah rata minima dan bekalan air, sistem ini dapat berfungsi untuk menghasilkan pelbagai jenis sayur-sayuran tanpa risiko tinggi dan tanpa kos penyelenggaraan yang tinggi.
  2. SUMBER PENDAPATAN: Ia juga mampu menjadi sumber pendapatan sampingan atau pun sepenuh masa bagi meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat. Pengguna hanya perlu meluangkan 1-2 jam seminggu untuk 1 unit kebun mini ini. Ia bersamaan dengan pendapatan RM50-100 sebulan bagi setiap unit. Manakala bagi perusahaan sepenuh masa, 1 tenaga kerja sepenuh masa mampu menguruskan 20 unit kebun mini ini dengan anggaran pendapatan RM1,000-2,000 sebulan.
  3. KESIHATAN YANG BAIK: Sistem ini berfungsi dengan penggunaan air, baja cacing dan cahaya matahari. Tiada bahan bukan organik diterapkan. Ini menjamin hasil tuaian organik dan bebas kimia merbahaya.

Aplikasi Kebun Sayur Mini Vermikultur

Artist Impression Home Yard 20160514

Artist Impression Farm Land 20160514

Artist Impression Empty Land 20160514

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *