CARA CARI EBOOK PERCUMA DI GOOGLE

Cara Cari Ebook pdf Percuma di Google Sabun Warisan Bumi

Download beratus eBook FREE melalui Google?? Sangat berharga teknik ni. Semalam saja saya download berpuluh-puluh eBook berkaitan cara menanam salak hehe. #tipsdiybisnesonlineswb

Saya Anas dari SabunWarisanBumi.com, kami pengeluar sabun asli mandian untuk muka dan badan. OEM pun ade ye. Ini CSR perkongsian PERCUMA kami bagi membantu anda menjadi usahawan / professional yang lebih hebat. Jom stadi.

Semua tajuk anda boleh search dengan cara yang kita akan ceritakan dalam artikel ni. Ebook yang ada pula termasuklah eBook cara panduan, jurnal kajian univesiti, katalog, buku cerita dan macam-macam lagi.

Sekali kita search, beratus carian kita jumpa. Dan yang bestnya, semua dalam bentuk pdf. Jadi boleh download save dalam handphone dan juga boleh share pada kawan-kawan.

Jom belajar!

Artikel kali ini akan membolehkan anda mencari sendiri eBook (buku digital) dan terus download untuk anda baca samada menggunakan handphone ataupun komputer. Mudah saja.

Ramai orang yang mempunyai masalah untuk belajar secara online kerana tidak masih baca di website, belek youtube atau online meeting. So eBook ini membantu dengan cara sebagaimana cara lama, kita hanya baca buku untuk belajar.

Bahkan banyak tajuk yang terlalu spesifik kan terlalu susah untuk kita cara buku atau sifu? Takkan nak mengalahkan? Ini cara anda dapatkan ilmu khusus untuk apa yang anda ingin tahu.

Langkah 1: Taip Carian + “ filetype:pdf “

Buka Google dan taip pada kotak carian:

  • Apa tajuk yang ingin dicari (contoh: tanam pisang)
  • Sambung terus dengan “ filetype:pdf “ (contoh penuh: tanam pisang filetype:pdf)

Klik sahaja pada Search. Segala hasil carian nanti akan menyenaraikan pelbagai eBook pdf berdasarkan carian kita tadi (iaitu eBook Tanam Pisang dalam bentuk pdf).

Hasil carian dah siap. Akan ada banyak pdf pada senarai di bawah tu. Jadi anda perlu pilih yang mana betul dengan apa yang anda cari.

Scroll ke bawah hingga anda jumpa apa yang anda nak. Tetapi pastikan terlebih dahulu link pilihan anda itu ada label PDF. Sekiranya tiada label ini, berkemungkinan pdf yang ada itu adalah yang berbayar. Skip saja yang tiada label PDF dan cari yang seterusnya.

Cara pilih yang relevan adalah pastikan tajuk link itu berkaitan dengan apa yang anda mahukan. Seperti contoh kita tadi, tajuk link yang bagus bagi carian saya adalah “Kaedah Penanaman Pisang..”, “Kertas Cadangan Penanaman..”, “Teknik Terbaik Tanaman..” dan yang relevan bagi saya.

Jangan risau sekiranya tersalah pilih, anda boleh pilih lagi kemudian sekiranya bila anda buka untuk baca nanti anda dapati ia tidak relevan. Free je nak pilih-pilih ni hehe.

Selepas sahaja anda klik, sepatutnya Google akan terus auto-download eBook pdf yang anda pilih itu.

Kelajuan download adalah mengikut kelajuan internet kita. Anda boleh semak progress download dengan menyemak notification pada handphone atau komputer anda.

Sekali lagi, anda akan dapat lagi satu notification apabila susah siap download.

Siap!

Terus saja klik pada notification tu untuk terus buka eBook pdf anda. Pilih saja software yang sesuai untuk anda buka dan baca.

Terus saja baca sampai pandai 😉

Nak lagi eBook pdf? Jom ulang cari lagi.. Free je ni. Satu tajuk saja boleh download berpuluh eBook.

Anda rasa teknik ini berguna? Share kepada kawan-kawan anda. Jom pandai beramai-ramai 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *