Berapa RM Sebulan Perlu Spend Untuk Jadi Cantik Semulajadi?

Berapa RM Sebulan Perlu Spend Untuk Jadi Cantik Semulajadi?

.

Jeng jeng jeng.. Lama dah dengar cantik asli ni. Tapi kawan-kawan takde pun yang usaha jadi cantik asli ni. Mesti mahal kan? Xpun susah sangat.. Jom baca artikel ini untuk anda pertimbangkan sendiri samada nak terus guna alat kosmetik konvensional atau cuba U-turn untuk kembali pada cara cantik yang semulajadi untuk diri anda. Di bawah ini kami berkongsi pelbagai kaedah mudah yang anda terus boleh amalkan dan beserta sekali dengan kos yang anda perlu keluarkan setiap bulan sekiranya anda mengamalkannya. Spoiler alert.. anda mungkin menyukainya πŸ˜‰

.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, saya Anas dari Warisan Bumi. Dan ini adalah sebahagian dari CSR syarikat kami bagi memberi tambah nilai pada semua yang menyokong kami selama ini. Siri mingguan #cantiksemulajadidarizero ini akan membincangkan cara bagaimana sesiapa sahaja untuk bermula untuk mencapai kecantikan secara asli dan semulajadi step by step. Jom buka minda dan ambil manfaat dari perkongsian ini.

.

.

Untuk mengelakkan tips ini menjadi terlalu kompleks, kami hanya memilih 10 cadangan terbaik untuk terus anda amalkan dengan tiada kos atau kos minima bulanan. Di bawah ialah 10 Cadangan Aktiviti Penjagaan Kulit Semulajadi untuk anda:

.

[ 1 ] GUNAKAN DRY-SKIN BRUSH – RM20 sekali sahaja

Gunakan berus halus khas untuk kulit dan berus kulit anda ketika ianya masih kering sebelum anda mandi. Amalkan setiap pagi. Ia dapat meningkatkan aliran darah dan menyahkan sel-sel kulit mati. Faedahnya? Anda akan mendapat kulit yang lebih glowing, licin dan sangat touch-worthy skin huhu. Kaedah simple ini memerlukan berus kulit yang mampu milik, dari hanya RM19 di sini.

.

[ 2 ] SAUNA – RM30-200 sebulan

Percaya atau tidak.. sebenarnya berpeluh sangat bagus untuk kita. Malahan, ia mampu menyahkan toksin dari badan kita. Kulit kita ini merupakan salah satu organ pengeluaran penting, dan jika kita menjaganya dengan sentiasa membuang sel-sel kulit mati (menggunakan dry-skin brush), ia dapat berfungsi dengan cemerlang sekali. Organ sihat, badan sihat πŸ™‚

.

[ 3 ] SENAMAN – RM0-20 sebulan

Ramai pakar menganggap bahawa jantung merupakan organ terpenting badan kita. Cara menjaganya dan seterusnya memastikan kita sentiasa sihat awet muda ialah dengan senaman. Buat senaman pilihan anda bagi memastikan perjalanan darah kita sentiasa lancer. Ia akan memastikan kulit anda tampak berwarna asli dan meningkatkan juga jumlah endorphin. Dan.. anda akan kelihatan lebih berkeyakinan! Campurkan juga senaman yang agak mencabar sekali-sekala untuk mengelakkan anda bosan. Cubalah Pilates atau Yoga untuk membentuk postur terbaik. Bila badan anda cergas, anda akan yakin diri, dan dengan sendirinya anda akan lebih mudah tersenyum. Yakinlah, anda cantik!

.

[ 4 ] SEKS – Tiada kos

Petua ini untuk yang berkahwin ya, huhu jangan salah faham. Selepas orgasm, badan anda akan dibanjiri hormone-hormon kepuasan dan hormone-hormon yang membuatkan anda kelihatan dan merasai muda. Ini benar. Hormon-hormon ini membantu membaiki kerosakan yang disebabkan oleh matahari dan stress. Pernafasan dalam yang anda lakukan ketika seks juga meningkatkan pengambilan oksigen dan secara tak langsung menurunkan stress. Bukan lawak ye hehe. Inilah salah satu sebab kenapa agama juga menyarankan kita berkahwin.

.

[ 5 ] JUS HIJAU – RM2-20 sebulan

Apakah jus hijau? Jus hijau yang saya maksudkan ialah cecair berkhasiat yang penuh dengan multivitamin! Timun sebagai contoh, sangatlah menghidrasi terutamanya pada kulit anda. Murah sahaja. Anda cuma perlu potong dan blendkannya dengan sedikit air masak setiap pagi untuk diminum. Hijau-hijauan ini juga bersihat alkali dan membantu sedikit sebanyak dalam proses menyah-toksin badan. Cubalah sehari sekali dan lihat perubahannya nanti.

.

[ 6 ] MAKAN LEMAK DAN TUKAR MINYAK KEGUNAAN ANDA – RM10-100 sebulan

Awat lemak plak dah.. orang dok jaga makan dia suruh pi tambah berat badan plak dah.. Jap-jap. Salah faham tu. Itu fahaman biasa kita, orang Malaysia. Sebenarnya badan kita juga memerlukan lemak, iaitu lemak yang baik. Lemak yang baik memastikan kulit kita sentiasa hydrated (Apa maksud hidrated? Kulit menjadi kenyal, tampak lembap dan kurang kedutan!). Makanlah avocado, salmon, chia seed, ikan sardines dan minyak kelapa dara. Elakkan lemak yang tidak baik seperti minyak-minyak yang diproses (canola, sunflower, corn, soy dan lain-lain), kerana minyak jenis ini lebih mengoksidakan dan menyebabkan keradangan pada badan, pastinya bukan minyak untuk kecantikan. Ingat! Pilihlah lemak yang baik untuk kecantikan.

.

[ 7 ] GUNAKAN SHOWER FILTER – RM20 sekali sahaja

Badan kita menyerap apa yang kita letakkan padanya melalui kulit. Ini termasuklah air yang kita gunakan ketika mandi. Seperti semua tahu, air paip yang kita gunakan di rumah ditambah dengan klorin bagi memastikannya bebas dari pathogen. Tapi klorin ini mengeringkan kulit dan menyebabkan keradangan dan kegatalan. Gunakan Shower Filter bagi menapis klorin ini dan lain-lain bahan kimia merbahaya dari air paip yang kita gunakan ketika mandi. Kulit anda akan berterima kasih pada anda. Anda boleh mulakan carian Shower Filter yang bersesuaian dengan anda di sini.

.

[ 8 ] GUNAKAN MINYAK PADA KULIT – RM10-100 sebulan

Jika tadi kita bincangkan air mandian perlulah yang terbaik kerana kulit menyerapnya, jom kita tambah lagi vitamin dengan sapuan minyak pula. Satu ketika dahulu, orang Asia memang banyak menggunakan minyak pada kulit untuk kecantikan, tetapi sekarang ini kita lebih terpengaruh dengan kaedah barat yang menukarkannya dengan washer dan toner. Huhuhu ruginya kita ini.

.

Elakkan segalanya yang toksik termasuklah yang ada pada wangian, paraben dan lain-lain bahan kimia tambahan. Semua ini sebenarnya menyebabkan kulit kita menyerap yang tidak baik daripadanya apa yang diperlukannya. Sapulah kulit kita dengan 100% minyak tulen seperti minyak kelapa dara, jojoba, argan oil dan shea butter. Sebagai contoh, jojoba oil ini membantu menyeimbangkan minyak-minyak asli yang dihasilkan kulit. Dengan bertambahnya input bermanfaat kulit, bertambahlah cantik mulus gebus kulit anda hehe.

.

[ 9 ] MAKANLAH WARNA PELANGI – RM50-100 sebulan

Kali ini jom kita bincang input dari dalaman pula, perut. Buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna-warna terang sebenarnya mempunya antioksidan tinggi yang berfungsi melawan radikal bebas dari dalam badan. Cantik semulajadi perlu jaga luar dalam ye. Sekali lagi, organ sihat, badan sihat. Radikal bebas ini merupakan penyebab utama penuaan kulit dan badan. Jadi perangilah ia dengan memakan makanan asli semulajadi dan bukannya dengan filler atau sebarang ubat ajaib mahal.

.

[ 10 ] POTONG PENGAMBILAN GULA – RM5-50 sebulan

Selain toksin, ada lagi satu pengambilan bahan tak sihat yang kita lakukan setiap hari. Bagi sesetengahΒ  orang , ia malahan sudah menjadi ketagihan. Gula. Saya pasti setakat ini anda telah mendengar yang gula (ringkas) sebenarnya toksik dan boleh mendorong kepada pelbagai penyakit kronik. Pada tahap jangka masa pendek, ia menyebabkan keradangan (symptom awal), ini membuatkan anda cepat berkedut dan menggalakkan juga jerawat. Alternatifnya? Mulalah berubah kepada buah-buahan dan sayur-sayuran yang manis sebagai sumber makanan manis anda. Antioksidan pun ada sekali.

.

.

Itu saja perkongsian kali ini, harap ia dapat membantu anda untuk bergerak selangkah lagi ke arah kecantikan semula jadi. Saya doakan anda sukses πŸ˜‰

.

Rujukan asal: Katrin van Wyke, mbglifestyle

.

Like Page Siri Cantik Semulajadi Dari Zero.

3 thoughts on “Berapa RM Sebulan Perlu Spend Untuk Jadi Cantik Semulajadi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *