Bagaimana Untuk Nampakkan Sabun Kita Lebih Professional?

20180801 Bagaimana Untuk Nampakkan Sabun Buatan Kita Lebih Professional.

Dah berjaya buat sabun asli sendiri? Tahniah. Dah berjaya hasilkan sabun yang cantik, menarik dan mudah dijual? Belum? Huhuhu, saya pernah melaluinya juga. Nak buat sabun mudah, tapi nak jadikannya ‘cantik menarik tertarik kau memang the bomb’ agak mencabar hehe. Ini 5 tips mudah untuk terus anda praktikkan pada sabun anda. Gambarajah juga disediakan bagi memudahkan pemahaman anda.

.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, saya Anas dari Warisan Bumi. Dan ini adalah sebahagian dari CSR syarikat kami bagi memberi tambah nilai pada semua yang menyokong kami selama ini. Siri mingguan #mahirsabundarizero ini akan mengajarkan ilmu-ilmu penghasilan sabun dan cara-cara membina pendapatan dengannya step by step. Jom buka minda dan ambil manfaat dari perkongsian ini.

.

.

Anda pasti pernah melihat sabun asli yang tak menyelerakan untuk dibeli kan? Biasanya jika ia kelihatan halus dan professional saya pasti anda akan lebih tertarik. Walaubagaimanapun, setiap batch sabun yang kita buat tak mungkin siap sebijik macam tu. Ada yang nampak sisa putih sikit, ada segi tak cantik dan serpihan tampak jelas, semua ini perlu dibetulkan untuk menjadikannya sempurna.

.

Berikan merupakan 5 tips terbaik yang mudah bagi mencantikkan sabun anda:

.

.

[ 1 ] STIMKAN

.

Habuk soda (keputihan) pada sabun biasanya terjadi apabila terdapat sabun yang tidak tersaponifikasi dengan lye dan bertindak balas pula dengan carbon dioksida di udara. Sisi lapisan putih ini selalu berada di permukaan atas sabun. Walaupun selamat digunakan, ia sedikit sebanyak mencacatkan estetik sabun anda.

.

Proses stim boleh menghilangkan keputihan ini, termasuklah yang dibahagian sedikit dalam pada bar. Haba itu menyerap masuk ke dalam bar. Hasilnya.. wow. Sila rujuk gambar di bawah ini. Hair dryer biasa juga boleh digunakan untuk aplikasi ini.

.

Steam Sabun Asli Anda.

[ 2 ] BERSIHKAN

.

Huhu mudah ja bunyinya kan? Ye memang pun. Jika nak elak stim atau tiada steamer di rumah, cuba pertimbangkan hanya bersihkan sabun anda. Lilit kain nylon pada jari dan celupkan pada air sejuk. Perlahan-lahan, gosok sabun anda sehingga tampak cantik. Tisu juga boleh digunakan tapi anda perlu lebih berhati-hati untuk elakkan sabun tercalar atau terhakis.

.

Tetapi, bagi sabun yang mempunyai permukaan kompleks atau banyak segi, adalah lebih baik anda stimkan kerana ia lebih mudah dan cepat.

.

Bersihkan Sabun Anda.

[ 3 ] BEVELLER

.

Dengan menggunakan beveller, anda boleh menghasilkan segi-segi tepat pada sabun. Ini menjadikannya tampak mantap dan bersih. Tentukan sudut yang anda inginkan dan lalukan sahaja beveller pada sabun anda.

.

Bevelkan Sabun Anda.

Adalah baik untuk memotong sabun selepas ia dikeringkan selama seminggu. Jika terlalu lembut (sebelum seminggu), sudut sisinya akan tidak menjadi tepat dan cantik. Jika ianya terlalu keras pula, agak sukar untuk kita memotongnya pula. Sisa serpihan ini bolehlah disimpan untuk dimasukkan ke dalam bancuhan sabun yang baru nanti.

.

Sungguhpun tidak membuahkan transformasi drastic seperti menstim dan membersih sabun, penggunaan beveller masih juga menambahkan nilai estetika baru pada sabun anda.

.

[ 4 ] SHRINK WRAP

.

Bagi sabun bersaiz segi mudah, ada satu lagi cara anda boleh praktikkan. Bungkus sabun anda dengan shrink wrap, sekelip mata ja dah nampak macam professional huhu. Terdapat pelbagai cara untuk bungkus bergantung pada apa yang anda decide untuk tema dan brand anda. Shrink wrap menambahkan selapis perlindungan kepada sabun anda dan menjadikannya bagai di-‘tinted’.

.

Hanya dengan steamer atau hair dryer, anda boleh lakukannya di rumah. Cuma masukkan sabun ke dalam plastik shrink wrap yang bersesuaian, panaskan menggunakan steamer anda, dan kecutkan sehingga nampak cantik. Anda mungkin memerlukan sedikit latihan untuk mendapatkan bentuk shrink wrap yang cantik dan konsisten. Sabun anda akan berkilat dan berpelindungan 😉

.

Shrink Wrap Sabun Anda.

[ 5 ] LABELKAN

.

Ok ini teknik terakhir, tambahkan label. Label yang menarik dan kemas bukan sahaja bercerita pada prospek mengenai jenis sabun, malahan ia menggambarkan betapa professionalnya dan betapa berharganya sabun ini (sebagai hadiah contohnya). Banyak idea boleh anda dapati di dalam google mengenai warna, jenis, tema, teknik untuk label ini. Pilih satu yang anda boleh buat sendiri dan terus design dan lakukannya. Ingat, kompleks tak semestinya cantik dan simple tak semestinya hodoh hehe.

.

Labelkan Sabun Anda.

Pelabelan ini sebenarnya sangat menyeronokkan, ini kerana terdapat terlalu banyak cara pelabelan kreatif. Cara klasik: gunakan riben, tali ikat fail, dan benang bulu kambing. Nampak kreatif dan menarik. Utamakan supaya label anda nampak unik dan benar-benar melambangkan jenama anda.

.

Sekian sahaja untuk kali ini. Semakin anda dalami bidang estetik sabun ini, anda akan dapati semakin banyak idea yang anda boleh praktikkan. Jadi jangan berhenti belajar 😉

.

Artikel asal:

  1. SoapQueen.com

.

Fb pin post image 2

Nak lagi ilmu buat sabun sendiri? Klik ikon untuk download ebook di atas sekarang!

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *