Bagaimana Nak Diagnose Sendiri Jenis Kulit Kita?

20180731 Bagaimana Nak Diagnose Sendiri Kulit Kita Jenis Apa

Semua orang nak cantik kan? Dapat je gaji terus buka henpon cari produk kosmetik baru nak beli huhu. Pastu kita frust kenapa member pakai jadi cantik, kita pakai x berubah apa-apa pun. Kenapa ye? Jom cuba pertimbangkan di sini yang kita terbeli salah produk! Kenapa salah? Mari baca artikel ini untuk anda lebih mengenali kulit anda sendiri dengan betul.

.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, saya Anas dari Warisan Bumi. Dan ini adalah sebahagian dari CSR syarikat kami bagi memberi tambah nilai pada semua yang menyokong kami selama ini. Siri mingguan #cantiksemulajadidarizero ini akan membincangkan cara bagaimana sesiapa sahaja untuk bermula untuk mencapai kecantikan secara asli dan semulajadi step by step. Jom buka minda dan ambil manfaat dari perkongsian ini.

.

Jika nak diringkas akan bunyi camni.. Sebenarnya, bagi yang tak berjaya dapatkan hasil OK untuk kulit tu, biasanya anda tersalah gunakan produk pada kulit anda. Contoh bagaikan mekanik nak spanar, tapi kita bagi dia screwdriver pulak huhu.

.

Sungguhpun anda berjaya diagnose dengan betul kulit anda dahulu, belum tentu ianya berkeadaan sama sekarang. Sebagai wanita terutamanya, perubahan hormone juga mampu mengubah sifat kulit kesayangan anda.

.

[ BELEK PORI – PORI ANDA ]

(a) Jika lubang pro-pori jelas dan kulit anda berasa sedikit berminyak bagaikan tekstur kupasan oren, maka ianya jenis berminyak.

(b) Jika ianya tidak jelas, ia berkemungkinan besar ianya kering. Dan sekiranya ia hanya pada T-zone anda (sekitar mata dan hidung), kulit anda adalah berminyak dan kering (gabungan).

(c) Jika anda bukan termasuk antara (a) dan (b), maka kulit anda adalah normal.

.

[ CUBIT PIPI ANDA ]

(a) Jika kulit tampak pejal dan licin bagaikan bontot baby (huhu), itu bermakna ia cukup hydrated. Jika sebegini, anda boleh potong kemungkinan kering atau kombinasi tadi, ini kerana anda lebih kepada kumpulan kulit berminyak.

(b) Jika ia mudah kedut, kulit anda ‘dahaga’. Anda perlu gunakan moisturiser (pelembap) untuk menghidrasikannya semula. Mandi je tak jadi ye huhu.

.

Tahniah anda dah berjaya diagnose jenis kulit anda. Simple je. Dengan dua test tu anda dah boleh simpulkan jenis kulit anda. So.. sekarang ni kita dah tahu, macamana nak decide apa perlu buat selepas ini?

.

[1] Jika kulit anda jenis berminyak

Jika berminyak, kuncinya ialah exfoliation. Anda perlulah fokus untuk menghalang minyak dari menyumbat lubang pori-pori anda dan menyebabkan blemishes. Cara yang betul ialah, bersihkan secara teliti dan elakkan bahan-bahan toksin dari produk kosmetik sebarangan. Ingat, fokus pembersihan dan hanya gunakan sedikit sahaja pelembap (nipis) untuk mengawal tona kulit.

.

[2] Jika kulit anda jenis kering

Jika kering, kemungkinan besar ia juga boleh menjadi kusam. Boleh gunakan facial skin brush untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dahulu. Kemudian lembapkan menggunakan moisturiser pilihan anda. Berada lama di bawah panghawa dingin boleh mengeringkan kulit juga, jadi jangan lupakan pelembap ye.

.

[3] Jika kulit anda jenis kombinasi berminyak dan kering

Jika kering dan juga berminyak, betulkan dahulu ketidakseimbangan ini. Gunakan normaliser. Antara normaliser terbaik ialah jojoba oil. Struktur molekul jojoba oil ini adalah hamper sama dengan sebum kulit kita. Jika diletak di muka, maka secara langsung, kulit akan mempercayai bahawa ia telah seimbang (normal). Selesai. Jika menjadi, pipi akan menjadi kenyal dan T-zone akan sedikit demi sedikit kurang berminyak.

.

[4] Jika kulit anda jenis normal

Jika normal, anda bertuah, ini kulit yang paling mudah dijaga huhu. Walaubagaimanapun, anda boleh menggunakan ketiga-tiga kaedah penjagaan di atas (sepertimana kering, berminyak dan kombinasi) untuk memastikan complexion sempurna (keseimbangan). Elakkan produk yang menghakis atau pembuang minyak. Gunakan cream yang lembut atau balm cleanser bagi menghilangkan ketidak sempurnaan tona tanpa mengganggu keseimbangan sedia ada kulit.

.

Itu sahaja. Mudah kan? Jika ia berguna pada anda, share pada rakan-rakan anda. Terima kasih dan selamat mencuba 😉

.

Artikel asal:

  1. Environskincare.com
  2. Cultbeaty.co.uk

.

Like Page Siri Cantik Semulajadi Dari Zero

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *