Bagaimana Nak Buat Duit Dari Sabun?

20180718 Bagaimana Nak Buat Duit Dari Sabun.

Nak idea cara membuat duit dengan hobi? Nak cipta pendapatan kedua selepas gaji anda? Nak tambah pendapatan secara part time? Ini bukan artikel MLM ye hehe. Kali ni kami nak share cara-cara kami dan komuniti pengedar sabun membuat pendapatan dari sabun. Dari pendapatan sampingan hinggalah full-time kilang sabun. Jom baca dan cari idea yang anda boleh manfaatkan untuk kesihatan dompet anda hehe.

.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, saya Anas dari Warisan Bumi. Dan ini adalah sebahagian dari CSR syarikat kami bagi memberi tambah nilai pada semua yang menyokong kami selama ini. Siri mingguan #mahirsabundarizero ini akan mengajarkan ilmu-ilmu penghasilan sabun dan cara-cara membina pendapatan dengannya step by step. Jom buka minda dan ambil manfaat dari perkongsian ini.

.

Jom mula. Sebahagian dari idea-idea ini anda boleh agak dan sebahagian yang lain mungkin baru untuk anda. Anda tak semestinya perlu menghasilkan sendiri sabun untuk membuat duit darinya. Malahan, ada yang memerlukan sangat sedikit modal awal (atau sifar kos) dan sedikit masa yang perlu anda luangkan. Berikut ialah Cara-Cara Membuat Duit Dengan Sabun:

.

[ 1 ] MENGHASILKAN SABUN SENDIRI

– Keuntungan: 20-50%

– Modal Permulaan: Sederhana-Tinggi

.

Ini ialah idea yang paling biasa bagi kita. Nilai keuntungan agak besar tetapi ianya memerlukan modal awal untuk peralatan dan juga kos bahan mentah. Adalah disarankan pada anda untuk menetapkan keuntungan sederhana sahaja (lihat rekomendasi saya hanyalah 20-50%) dan sasarkan keuntungan besar akan tiba bila anda menghasilkan secara pukal (jualan secara borong dengan jumlah besar) nanti. Kebiasaannya, para soapmaker mula belajar dan mula membancuh sendiri sabun disebabkan keinginan mereka untuk membuat sendiri sabun samada untuk kegunaan sendiri (mempunyai kulit yang agak sensitive dan demanding dari kulit biasa) atau untuk hobi sahaja.

.

Biasanya setelah berjaya menghasilkan sabun sendiri, soapmaker akan membuat label ringkas dengan kertas biasa dan bungkus sebelum dijual pada keluarga dan masyarakat terdekat. Sabun asli boleh tahan sehingga 1-2 tahun, jadi tiada masalah untuk anda menyimpan stok, iklankan pada prospek dan tunggu jualan. Part-time? Tiada masalah.

.

Sabun asli boleh dijual dari harga RM10-200 sebiji mengikut eksklusiviti bahan-bahannya dan fungsinya pada kulit. Pengalaman saya selama 7 tahun ini mengajarkan saya, kita boleh mulakan bisnes ini sambilan sahaja dan ia akan berkembang sedikit demi sedikit dan akhirnya sehinggalah anda boleh terus bergantung pada bisnes ini untuk sara hidup keluarga anda. Cuma nasihat saya, jangan gelojoh, buat step by step ye 😉

.

like page mahir sabunKlik di atas untuk terus belajar kemahiran sabun PERCUMA

.

[ 2 ] MENJUAL SABUN SEBAGAI AGEN

– Keuntungan: 20-50%

– Modal Permulaan: Sederhana

.

Anda boleh skip step 1 di atas dan terus menjual sabun asli. Biasanya saya akan rekomenkan bagi yang sudah sedia ada menggunakan sabun asli untuk cuba memasarkannya sambilan. Anda boleh deal dengan seberapa banyak pengeluar sabun di Malaysia (atau global sekiranya kosnya rendah) dan mohon untuk menjadi agen. Sedikit kos permulaan mungkin dikenakan dan seterusnya anda sudah boleh terus menjual dengan komisen dari pengeluar.

.

Bagi permulaan, anda perlu sedikit sebanyak mencari ilmu untuk memasarkan barang jualan anda ini. Cara termudah ialah jual pada kenalan yang rapat dahulu (keluarga, kawan-kawan dan kenalan media social). Anda boleh follow siri #buatduitonlinedarizero kami untuk belajar mengenainya.

.

Sebagai kesimpulan, kaedah ini memerlukan sedikit modal permulaan dan juga ilmu untuk memasarkan untuk mula buat duit. Tapi dengan adanya barang jualan di tangan, anda akan lebih mudah untuk menjual kerana lebih senang untuk menarik minat prospek dengan menunjukkan terus produk (ia membantu prospek feel produk anda dan ia sebagai bukti ada sentiasa ada ready stock untuk terus dibeli pelanggan). Saya dulu mula niaga sabun dengan bawak je sabun masa gi minum dengan kenalan huhu. Itupun menjadi Alhamdulillah. Anda juga boleh!

.

wasap untuk beli set agen 20pcsKlik di atas untuk hubungi saya bagi tawaran menjadi agen Warisan Bumi

.

[ 3 ] MENJUAL SABUN SEBAGAI DROPSHIP

– Keuntungan: 10-30%

– Modal Permulaan: Tiada, Mungkin bersyarat

.

Bagi kaedah ketiga ini, anda juga tidak perlu membuat sabun, malahan anda tak perlu sentuh sabun pun. Ini kerana, anda hanya bertindak sebagai orang tengah antara pembeli dan pengeluar produk. Sekiranya anda berjaya menjual (biasanya secara online), anda akan terima bayaran daripada pembeli dan anda akan bayarkan pula kepada pengeluar (setelah ditolak komisen anda). Pengeluar akan terus mengambil stok, membungkusnya dan pos kepada pembeli terus. Oleh sebab ini, anda tidak perlu menyimpan stok atau menguruskannya langsung.

.

Keuntungan bagi kaedah ini agak sedikit. Sungguhpun begitu, kerja yang perlu anda lakukan juga minima. Cara yang terbaik untuk sukses sebagai dropship, anda mestilah pandai membuat iklan, tahu di mana untuk meletakkan iklan dan tahu cara bagaimana untuk close sale. Dengan google, youtube dan sedikit bacaan, saya yakin anda boleh.

.

[ 4 ] MENJUAL SABUN SEBAGAI AFFILIATE

– Keuntungan: 5-10%

– Modal Permulaan: Tiada, Mungkin bersyarat

.

Pada pendapat saya, ini ialah pendapatan paling sedikit bagi bidang ini. Kenapa sikit je komisen? Ini kerana, tak seperti dropship, anda langsung tak perlu deal dengan prospek huhu. Mudah kerja? Tak jugak. Ini kerana, disebabkan komisen yang sedikit ini, anda perlu lebih lagi berusaha untuk mencari lead (audiens perlu sangat besar). Iklan yang anda buat mestilah berkualiti dan mampu menconvert prospek kepada buyer. Sesiapa yang pakar SEO, atau blogger, mungkin ada kelebihan dalam affiliate ini.

.

Bagi saya, affiliate ini saya hanya buat untuk penambahan pendapatan sedia ada kerana ianya sedikit. Boleh dianggap bagaikan menabung. Itu kerana saya bukan pakar IT. Bagi yang mampu Tarik traffic yang besar, mungkin anda boleh berjaya di sini tanpa perlu kerja teruk macam saya hahaha.

.

Di mana nak cari peluang affiliate ini? Cuba cari di online mall yang besar. Anda boleh pilih sabun yang anda ingin iklankan. Buat sendiri katalog jika perlu dan hebahkan. Nak hebat lagi? Jadilah affiliate online mall luar negara dan cari audiens antarabangsa, masyukk..

.

Antara tempat anda boleh mula menjadi affiliate ialah di:

  1. Lazada
  2. Zalora

.

[ 5 ] MEMBEKAL BAHAN-BAHAN SOAPMAKING

– Keuntungan: 20-90%

– Modal Permulaan: Besar

.

Di sebalik populariti produk-produk kosmetik asli ini, terdapat peluang untuk menjadi pembekal kepada sektor ini. Bahan-bahan yang digunakan dalam soapmaking ada juga yang digunakan dalam candle making, perfume making, shampoo making dan lain-lain. Jadi jika anda ada idea atau cara untuk dapatkan bahan mentah untuk sektor ini, anda boleh jualkan. Anda perlu beli stok, simpan dan iklankan di media sosial atau mana-mana online mall yang berkaitan.

.

Apa yang boleh dijual? Banyak sebenarnya. Perfume, pewarna organic, essential oil, minyak eksklusif, herba, mold acuan, alat packaging, mesin pembancuh, kotak dan bermacam-macam lagi. Anda boleh sambil menyelam minum air lagi jika anda stadi betul-betul dan jumpa bahan jualan yang dikongsi beberapa sektor industri yang besar.

.

Jika anda memilih untuk menjual bahan-bahan mentah ini, ia mungkin bukan popular dan sukar untuk anda terangkan pada kenalan apa yang anda jual huhu. Tapi percayalah. Sekiranya demand itu ada, duit akan mengejar anda. Saya sendiri kerapkali mencari bahan-bahan ini sehinggalah ke luar negara. Di mana ada demand, di situ ada peluang anda. Ada idea? Go for it!

.

[ 6 ] MENULIS EBOOK / DIGITAL PRODUCT BERKAITAN SABUN

– Keuntungan: 50-95%

– Modal Permulaan: Sifar atau Minima

.

Baik, part ni last sekali kerana ia paling susah dan memerlukan sedikit pengalaman untuk anda betul-betul buat duit darinya. Kemahiran yang diperlukan juga agak banyak. Iaitu meliputi kemahiran menulis, rekaan grafik, binaan website, publishing dan pengiklanan. Sungguhpun anda mempunyai idea yang menarik, anda masih lagi perlu kesemua kemahiran tersebut untuk memastikan produk yang akan anda lancarkan berjaya dan seterusnya membuahkan jualan.

.

Setakat ini, bacaan di dalam bahasa Malaysia di dalam soapmaking ini sangatlah kurang. Menurut pengalaman saya, demandnya agak besar berdasarkan survey yang pernah kami lakukan sebelum ini. Tajuk-tajuk seperti kemahiran membuat sabun, resepi-resepi sabun dan rancangan perniagaan sabun adalah antara yang dicari-cari.

.

Setelah menyiapkan produk digital anda, anda boleh terus menjualnya dengan cara pengiklanan di media sosial dan jualan automatik melalui ecommerce website sahaja. Hampir 90% automated dan boleh dijadikan pendapatan pasif anda tanpa perlu bekerja. Cukup bulan check baki akaun ja huhu.

.

.

Kami Warisan Bumi menggunakan keenam-enam strategi ini buat masa ini. Sungguhpun masih lagi homebased, tapi saya sekarang ini sudah berjaya menikmati jualan yang menyamai gaji saya sebagai jurutera. Jadi tidak mustahil anda juga boleh lakukannya. Saya doakan anda terus sukses dan selamat mencuba!

.

Fb pin post image 2

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *