Apakah Pilihan Minyak Untuk Soapmaking?

20180725 Apakah Pilihan Minyak untuk Soapmaking.

Pembuatan sabun asli memerlukan 3 bahan je untuk jadi sabun. Minyak, air dan lye. Bahan-bahan lain yang banyak anda baca sebelum ini adalah eksesori untuk fine-tuning sabun asli. Jadi pilihan minyak (sebagai bahan utama) penting untuk menghasilkan sabun asli yang diinginkan. Jom belajar minyak / lemak yang boleh dipakai dan juga sifat-sifat sabun yang dihasilkan menggunakannya.

.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, saya Anas dari Warisan Bumi. Dan ini adalah sebahagian dari CSR syarikat kami bagi memberi tambah nilai pada semua yang menyokong kami selama ini. Siri mingguan #mahirsabundarizero ini akan mengajarkan ilmu-ilmu penghasilan sabun dan cara-cara membina pendapatan dengannya step by step. Jom buka minda dan ambil manfaat dari perkongsian ini.

.

Minyak (sumber lemak) ini merupakan bahan yang terbanyak kita pakai dalam pembuatan sabun cold process ini. Jadi 70% sifat sabun yang terhasil nanti memang dicorakkan oleh minyak yang anda pilih ini. Ada beberapa kriteria yang kita akan bincangkan untuk memudahkan anda memilih. Ada yang mudah, ada yang susah, yang mahal, yang murah, yang lembut, yang keras dan lain-lain..

.

.

Bagaimana untuk memilih?

.

Pertama sekali, anda perlu membuat keputusan sabun apa yang ingin dihasilkan. Apa sifat sabun yang ingin anda tekankan? Anda nak yang halus ja membuih, buih besar, pekat buihnya, nak terlembut untuk kulit atau nak khas untuk kulit sensitive? Buat keputusan dan rujuk pilihan di bawah untuk rekomendasi minyak yang bersesuaian.

.

Di bawah ini ialah senarai minyak yang boleh dipilih dan sifat sabun yang dianggarkan. Luangkan masa membezakannya sebelum anda membuat keputusan. Minyak yang sukar didapati tidak dimasukkan ke dalam list ini untuk mengelakkan anda kesukaran memperolehnya.

.

Untuk Sabun Berbuih Banyak:

Minyak-minyak ini sangat bagus untuk pembuatan sabun. Ia menghasilkan sabun berbuih besar dan membersih lebih mendalam. Malahan ia juga menjadikan sabun anda cantik dan keras. Tapi harus diingati, jangan guna lebih dari 30% minyak-minyak ini atau sabun akan membersih terlalu dalam lalu mengeringkan kulit.

.

Jika masih ingin menggunakan minyak kelapa dara dengan jumlah yang besar juga, pastikan anda tambahkan jumlah free oil (superfat) untuk melawan efek pengeringan kulit tersebut.

.

  1. Minyak Kelapa Dara
  2. Babassu Oil
  3. Palm Kernel Oil

.

Untuk Sabun Bermanfaat Tinggi pada Kulit:

Minyak-minyak ini pula menjadikan sabun anda mempunyai sifat conditioning tertentu pada kulit. Setiap minyak ini mempunyai kualiti pemeliharaan kulit tersendiri yang anda boleh gunakan untuk mereka khasiat bagi sabun-sabun anda. Untuk minyak sebegini, gunakanlah komposisi sebanyak 40-60% di dalam resepi anda.

.

Setiap satu minyak ini mempunya pelbagai khasiat khusus untuk kulit. Saya tidak akan bincangkannya di sini kerana takut ia akan menjadi terlalu panjang. Cara yang terbaik ialah anda google khasiat minyak-minyak ini.

.

  1. Apricot Kernel Oil
  2. Avocado Oil
  3. Borage Oil
  4. Camellia Oil
  5. Evening Primrose Oil
  6. Hazelnut Oil
  7. Kukui Nut Oil

.

Sabun dengan Creamy Lather:

Seterusnya, minyak-minyak ini menambahkan kekerasan bar sabun, meningkatkan fungsi conditioning dan menstabilkan buihnya.

.

  1. Minyak Sawit
  2. Cocoa Butter
  3. Shea Butter
  4. Mango Butter
  5. Kokum Butter

.

Dah buat keputusan mahukan komposisi minyak yang bagaimana? Jika ya, anda sudah bersedia untuk mereka resepi anda sendiri. Tahniah!

.

Ingin teruskan lagi? Download eBook PERCUMA kami di bawah ini untuk langkah-langkah sepenuhnya. Kami ajarkan step by step dari awal. Selamat mencuba 😉

.

Fb pin post image 2

.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *