Apa Kesan Kerap Sangat Basuh Muka?

Boleh Tak Kita Bersihkan Muka KERAP?

Ye la. Tak selesalah kalau berminyak atau kotor. Kalau bersih selalu barulah konfiden. Ye tak? Hmmm.. jom baca dulu.

Ada efek negatif ke kalau basuh muka selalu?
#cantiksemulajadiswb


Saya Anas dari SabunWarisanBumi.com, kami pengeluar sabun asli mandian untuk muka dan badan. OEM pun ade. Ini CSR perkongsian PERCUMA kami bagi membantu anda mencapai kecantikan semulajadi dengan tips DIY mudah.


Membersih muka terlalu kerap tidak bagus pada kulit wajah kita.


Kulit muka kita mengandungi lapisan minyak semulajadi. Lapisan ini bertujuan melembap dan menjaga permukaan kulit.


Setiap kali sabun dan air menyentuh kulit muka, lapisan minyak ini akan tersingkir dan meninggalkan kulit tanpa lapisan ini.


Setelah beberapa ketika, kulit kita (yang sudah menyedari lapisan minyak ini sudah tiada), akan bertindak balas dengan mengeluarkan lagi lapisan minyak baru.


Hasilnya, kulit bertambah berminyak dari asal. Malahan juga, kita mungkin mengalami keradangan atau tiba-tiba jerawat pula yang datang. Ish ish ish..

Abis tu kalau dah hari-hari basuh kerap muka macamana nak sembuhkan balik?


Jika anda sedari yang kulit anda semakin berminyak, berkemungkinan anda memang terlalu kerap basuh muka.


Jangan gelisah lagi. Ada caranya..


Bagus jika anda betulkan amalan anda dan tukar kepada hanya basuh muka maksima 2 kali sahaja sehari.


Dapatkan sabun yang lebih lembut. Dengan erti kata lain, sabun yang tidak terlalu mendalam pembersihannya. Lebih agresif sesuatu sabun itu, lebih kering anda rasa selepas menggunakannya.


Sepatutnya dua langkah sudah memadai. Tetapi sekiranya masih bermasalah, anda boleh menggunakan face oil sebagai tambahan.


Face oil juga adalah minyak, cuma ia bukanlah semulajadi. Sungguhpun begitu, dengan adanya selapis face oil ini, kulit anda akan dapat merasainya dan kulit anda tidak akan merembeskan minyak lagi. Jadi minyak di muka anda hanyalah secukupnya.

Panduan terbaik bagi amalan permbersihan muka adalah seperti berikut:


✓ Pembersihan wajah 2-3 kali sehari sudah cukup bagus
✓ Terbaik lakukan 2 kali sehari
✓ Sekali sebelum tidur, bagi membersihkan segala makeup dan kotoran seharian kita
✓ Sekali selepas bangun tidur, bagi membersihkan minyak dan kotoran ketika tidur


Kredit: Garnier USA

Bagaimana pula dengan sabun? Sebagaimana anda banyak jenis kulit, terdapat banyak juga cara penjagaannya.


Jika kita simpulkan kepada 3 jenis kulit (berminyak, biasa dan sensitif), berikut adalah cara yang disyorkan:


1. Kulit Berminyak: Gunakan sabun muka
2. Kulit Biasa: Air pun cukup
3. Kulit Sensitif: Gunakan sabun tapi sehari sekali


Adalah dicadangkan anda mencuba pelbagai jenis sabun dan rasai sendiri yang mana satu paling sesuai untuk anda.

Atau.. cuba yang ni.


SabunWarisanBumi.com, pengeluar sabun asli muka dan badan. 10 tahun di pasaran.


Ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah yang sensitif dan eczema.


Formulasinya direka khas supaya menjadi sabun paling lembut untuk kulit. Jangan ragu-ragu lagi.


Selain mudah dibilas, ia juga akan terus melembapkan kulit muka anda. Saya pasti anda akan menyukainya 😉

Berminat untuk menempah? Anda boleh hubungi kami menerusi saluran pilihan anda mengikut keselesaan anda di bawah ini:


Website:
SabunWarisanBumi.com
(pengenalan dan tempahan OEM)

Shopee:
https://shopee.com.my/warisan_bumi
(belian langsung, semakan stok, katalog dan review)


Whatsapp:
wasap.my/60164092053/swb
(pertanyaan, tempahan, semakan tempahan dan pengesahan)


Terima kasih atas sokongan anda 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *