BAGAIMANA NAK POS SATU MALAYSIA?

Teringin nak jual produk fizikal satu Malaysia, tapi tak reti nak pos macamana? Baca ni.

Salam semua, saya Anas dan ini adalah siri Panduan Buat Duit Online Tanpa Kos Iklan percuma buat anda bagi menyambut Ramadhan ini. Sekiranya anda terlepas siri sebelum ini atau seterusnya, sila scroll ke bawah utk cari link isi kandungan ye. Kami doakan anda gunakan bulan puasa ini untak rehat minda dan isikan dengan ilmu baru bagi membina momentum anda selepas ini. Amin.

Tahniah, anda sedang cuba meluaskan empayar bisnes online anda ke seluruh Malaysia. Ada produk kecil atau ringan nak dijual takde masalah insyaallah. Produk berat dan besar? Payah sikit, tapi ada cara insyaallah.

Sebelum itu, nak tanya satu soalan. Adakah anda menjual menerusi Shoppee dan menggunakan shipping option mereka? Anda mesti gunakan Poslaju shj. Jgn risau, tiada masalah insyaallah.

Di bawah ini saya mulakan peneranga menggunakan poslaju terlebih dahulu. Ramai yg risau Poslaju mahal. Ya dan tidak. Dgn menggunakan Poslaju juga, customer biasanya akan lebih selesa dgn anda kerana penghantarannya lebih meluas, sistematik dan sedia ada dikenali. Jom belajar.

Poslaju ada tiga jenis cara hantaran. Utk dpt harga terbaik, anda perlu tahu bila anda perlu gunakan yg mana.

(i) Poslaju Timbang

Utk yg ni, kita gunakan borang coklat tu. X kisah saiz dan berat boleh guna borang tu. Tapi semua akan diukur dan ditimbang. Bwh 500g RM7 lebih camtu utk semenanjung. Jadi utk yg saiz kecil ok insyaallah. Jika guna Shoppee akan jadi RM5 lebih shj, lg save.

(ii) Prabayar Kotak

Kali ni guna kotak yg disediakan. Bayar siap sblm kita isi barang, jadi kita kena beli siap2 kotak ni. Pengalaman saya mengajar bahawa yg ni agak mahal.

(iii) Beli Kotak + Tampal Sticker Poslaju

Ini faveret saya. Contohnya saya selalu perlu pos dlm 8kg bg jualan tempahan bulanan saya. Jadi saya beli kotak biasa ikut saiz di Poslaju (RM4 lebih shj) dan saya beli sticker 10kg Poslaju pula (RM22 lebih camtu). Jadi dlm rm25 saya boleh pos brg besar dan berat saya.

Dari ketiga-tiga pilihan ini, saya hanya menggunakan pilihan (i) bagi jualan kecil bwh 500g dan pilihan (ii) bg parcel besar berat saya.

Sekiranya saya ada parcel yg lebih besar, biasanya saya akan usahakan persefahaman dgn customer utk penghantaran menggunakan bas sahaja. Biasanya maksima mahal bagaikan harga tiket sahaja, sgt berbaloi.

Sungguhpun saya strict menggunakan Poslaju bg setiap perniagaan saya, saya juga tetap memerhatikan courier lain yg ada bagi perbandingan harga.

Antara pilihan courier peniaga online yg selalu saya jumpa adalah Citylink, GDeX, NinjaVan, KTM, dan lain2. Kebanyakannya membuat keputusan utk memilih courier ini berdasarkan:

– feedback customer
– jarak outlet dgn peniaga
– kemudahan tracking
– harga
– kecekapan courier di destinasi customer

Banyak faktor utk diambil kira bg anda membuat keputusan memilih courier. Saya selalu rekomenkan Poslaju, kerana mudah buat saya dan customer saya. Jika ia juga bagus buat anda dan customer, anda boleh tiru kaedah saya ini.

Apa-apa pun, pastikan anda dapat harga yg terbaik dgn kualiti yg anda ingini.

Dah. Anda dh boleh jajah Malaysia sekarang ni hehe.

Bagi artikel sebelum ini atau seterusnya, klik di bawah:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157904547892366&id=739547365

Sekiranya anda ingin terus bergerak pantas buat duit online, klik di bawah:

https://bit.ly/2UzNqrL

Nukilan: Anas Azmi, Ramadhan 2019
#PBDOTKI
#NakTapiTiadaModal
#NakTapiTiadaIlmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *